Selamat datang

World ialah standard baharu bagi kepercayaan dalam talian

Apakah itu World ID?

World ID memberikan anda bukti kemanusiaan, tanpa mendedahkan sebarang maklumat lain tentang diri anda.
Ia mengutamakan manusia di internet, daripada aktiviti perniagaan hinggalah acara langsung, media sosial, janji temu, permainan dan banyak lagi.
risalah-pendidikan-dalam-langkah

Bermula, dapatkan pengesahan

Langkah 1/3

Orb

Muat turun aplikasi World ID dan sediakan profil anda.

Langkah 2/3

sahkan

Buka aplikasi World ID dan mulakan proses pengesahan. Proses ini hanya mengambil masa 3 minit.

Langkah 3/3

Terima World ID anda

Terima World ID anda dan buktikan bahawa anda ialah manusia unik dalam talian.

Tentang Orb

Orb, yang dibangunkan oleh Tools for Humanity, ialah peranti sumber terbuka yang mengesahkan bahawa anda ialah manusia unik, tanpa perlu mengetahui sebarang maklumat lain tentang diri anda.

Orb mengambil dan memproses gambar untuk mengesahkan keunikan tanpa perlu menyimpan gambar anda atau mengumpul sebarang maklumat lain.

Ketahui lebih lanjut

Diintegrasikan dengan aplikasi kegemaran anda

Daripada Tinder hingga Zoom, World ID anda yang telah disahkan membuktikan bahawa anda ialah manusia pada mana-mana aplikasi rakan kongsi. Sertai lebih 18 juta manusia yang telah disahkan.

Privasi anda

Data anda dimiliki dan dikawal oleh anda. Tiada maklumat peribadi disimpan, malah nama anda juga tidak disimpan.

Soalan Lazim

Semasa cuba melakukan pengesahan menggunakan World ID di Orb, kadangkala anda mungkin melihat
mesej ralat dalam aplikasi World ID anda. Jika ini berlaku, sila cuba langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini.

Bantuan pengesahan

Tidak, anda hanya perlu mengesahkan World ID anda di Orb sekali sahaja.

Untuk menggunakan World ID anda yang telah disahkan, anda hanya perlu membuka World App pada telefon anda apabila aplikasi atau laman web meminta anda membuktikan bahawa anda ialah manusia:

  1. Jika tersedia, anda akan melihat pilihan "Daftar masuk dengan World ID"
  2. Ketik pada pilihan tersebut dan World App akan dibuka secara automatik pada peranti mudah alih anda; atau, jika anda menggunakan komputer, anda akan diminta untuk menunjukkan kod QR kepada World App
  3. Semak dan luluskan permintaan dengan satu ketikan mudah

Sesetengah aplikasi mungkin meminta anda melengkapkan pengesahan Face Auth; ini ialah langkah keselamatan tambahan yang dilaksanakan pada telefon anda untuk memastikan hanya individu yang telah disahkan di Orb boleh mengakses World ID pada peranti tersebut.

Anda boleh membuat sandaran akaun anda dengan mudah iaitu dengan memilih sandaran iCloud (iOS) atau Google Drive (Android) dalam World App.

Baca panduan langkah demi langkah

Anda mempunyai kawalan penuh terhadap data anda. Selepas anda mengesahkan bahawa anda ialah manusia, data tersebut disulitkan, dihantar ke telefon anda dan dipadamkan secara kekal daripada Orb.

Hanya telefon anda yang menyimpan data anda dan World ID anda. Anda boleh memadamkan data anda pada bila-bila masa dalam aplikasi World ID di bawah profil anda apabila anda mengetik Privasi dan Keselamatan.

Maklumat lanjut boleh didapati di world.org/privacy.

[18+] Individu berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan menggunakan sebarang perkhidmatan World, termasuk mengesahkan World ID di Orb. Semasa proses pengesahan, anda akan diminta memasukkan tarikh lahir dan Orb akan menjalankan semakan umur secara automatik. Tarikh lahir anda digunakan untuk mengesahkan kelayakan dan tidak direkodkan atau disimpan.

Jika anda memasukkan tarikh lahir yang menunjukkan anda berumur di bawah 18 tahun atau jika Orb menentukan bahawa anda berumur di bawah 18 tahun, anda akan disekat daripada mengakses aplikasi World ID dan melakukan pengesahan di Orb. Jika anda percaya bahawa anda disekat secara tidak sengaja, anda perlu memberikan bukti umur tambahan (contohnya, dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan) atau menghubungi Sokongan. Untuk panduan lanjut, sila lihat artikel ini.

Bantuan semakan umur