World ialah Rangkaian Manusia Sebenar. Setiap 1.7 saat, ada seseorang yang mendaftar untuk World App. Setiap 3.6 saat, ada seseorang yang mengesahkan di Orb. Pada bulan September, World App menjadi dompet digital Berpenjagaan Sendiri dengan pengguna aktif bulanan terbanyak di dunia (Sumber: SensorTower dompet berpenjagaan sendiri,
Pengguna Aktif Bulanan, September 2025). Aplikasi Mini telah dibuka sebanyak dua bilion kali dalam tempoh lebih sedikit daripada setahun.
Hari ini, rangkaian ini menjadi lebih berkuasa. World App baharu ialah penjenamaan semula sepenuhnya mengenai cara manusia berhubung, memindahkan aset digital dan mengambil bahagian dalam ekonomi global.
Sembang World: pemesejan disulitkan untuk manusia yang telah mengesahkan
Perhubungan bermula dengan perbualan. Sembang World kini tersedia secara natif untuk semua pengguna World App. Diperkukuhkan oleh XMTP, ia menghimpunkan bersama Bukti Kemanusiaan, pembayaran global dan Aplikasi Mini dalam satu pengalaman yang lancar.
Ruangan sembang kelihatan dan terasa biasa – anda boleh menghantar teks kepada rakan, mencipta kumpulan serta berkongsi foto dan video – tetapi asasnya sama sekali berbeza. Mesej dipaparkan dengan gelembung biru untuk manusia yang telah mengesahkan dan gelembung kelabu untuk mereka yang belum mengesahkan. Gambar profil akan disahkan dengan cara membandingkannya dengan foto Orb yang disimpan dalam telefon pengguna – bermakna wajah yang anda lihat benar-benar milik pemegang World ID sebenar. Dalam era yang dipenuhi dengan interaksi sintetik, ini mewujudkan ruang yang dipercayai di mana manusia boleh berhubung dengan penuh keyakinan.

Kepercayaan membuka sesuatu yang berkuasa: keupayaan untuk memindahkan aset digital semudah menghantar mesej. Hantar atau minta bayaran merentasi benua melalui ruangan sembang individu. Bahagikan bil dalam sembang kumpulan dan jejak siapa yang sudah membuat pembayaran. Bungkus bayaran sebagai hadiah dengan animasi yang disesuaikan untuk hari lahir dan majlis istimewa. Semua pemindahan adalah tanpa sempadan, serta-merta dan percuma.
Melalui kemas kini ini, Aplikasi Mini kini tersedia dalam ruangan sembang: Aplikasi pihak ketiga – contohnya pasaran ramalan Kalshi dan Polymarket, permainan dan alat simpanan – kini boleh dijalankan terus dalam thread mesej. Ini memberikan pengalaman interaktif tanpa perlu keluar dari ruangan sembang.
Dan privasi diterapkan secara mendalam. Sembang World mempunyai penyulitan hujung ke hujung dan tidak mengumpul sebarang metadata tentang dengan siapa atau bila anda menghantar mesej. Perbualan anda kekal milik anda sahaja.
Satu akaun global: transaksi merentasi sempadan dan produk Earn yang baharu
Pembayaran yang lancar dalam ruangan sembang hanyalah permulaan. World App membolehkan anda mengakses dan menggunakan aset digital merentasi sempadan dengan mudah dan yakin, semuanya dalam aplikasi.

Akaun maya
Akaun maya, dikuasakan oleh Bridge, kini tersedia di 18 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan di seluruh Amerika Latin. Setiap pengguna akan menerima nombor akaun peribadi yang unik yang menghubungkan kehidupan kewangan harian mereka kepada ekonomi digital global — dan bergerak sepantas internet.
Terima gaji terus dalam World App tanpa memerlukan majikan untuk menguruskan blockchain atau memahami yuran rangkaian. Tambah dana daripada bank anda melalui rakan kongsi yang disokong. Deposit Dolar Amerika Syarikat boleh ditukar kepada USDC dengan lancar dan dihantar atau digunakan di negara yang disokong sepanjang masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa perlu menunggu waktu operasi perbankan tradisional. World App tidak mengenakan yuran untuk pemindahan ini, dan bagi berjuta-juta manusia di seluruh dunia, ini merupakan akses kepada akaun Stablecoin dolar buat pertama kali.
Sokongan berbilang mata wang
Setelah dana dimasukkan ke dalam aplikasi, anda boleh menyimpan dan menukar antara mata wang digital yang disokong tanpa yuran tambahan daripada World App bagi penukaran dalam aplikasi. Pada masa ini, World App menambah sokongan untuk EURC (Stablecoin euro yang disokong oleh Circle), wMXN, wARS, wCLP, wBRL, wPEN dan wCOP (disokong oleh Ripio) bagi meluaskan lagi senarai pilihan yang kini menyertai USDC.
Cara baharu untuk menjana pendapatan
Ciri Earn yang baharu membolehkan anda memindahkan aset yang layak ke dalam baki Earn dan menerima ganjaran berubah-ubah, dengan manusia yang telah disahkan pada masa ini layak untuk memperoleh sehingga 16% APY bagi $1 000 pertama anda dalam USDC dan sehingga 18% APY bagi 1 000 WLD pertama anda. Bank tradisional hanya menawarkan sebahagian kecil peratusan; produk kripto biasa memberikan sekitar 4 peratus. Walaupun kadar boleh berubah dan tidak dijamin, Earn menggunakan Bukti Kemanusiaan untuk membantu menghadkan penyalahgunaan berbilang akaun, supaya setiap manusia yang telah disahkan boleh mengakses peluang ganjaran yang sama. Earn berfungsi untuk Worldcoin, USDC, EURC, wARS, Bitcoin dan Ethereum semasa pelancaran, dengan lebih banyak aset akan diperkenalkan.
Aset yang diperluas
Selain Earn, anda boleh mengakses, menukar dan berdagang lebih daripada 100 aset yang disokong. Matawang Kripto utama, Token asli World Chain dan aset dunia sebenar – Token emas – semuanya tersedia sekarang.
Perbelanjaan dunia sebenar
Buat pembayaran kepada lebih 1 juta peniaga di Argentina menggunakan kod QR. Kad World, yang akan dilancarkan pada suku pertama, akan membawa Apple Pay dan tap-to-pay ke Amerika Syarikat dan seterusnya
World ID: meningkatkan kepercayaan dalam talian
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ini, World ID juga memperkenalkan keupayaan baharu:
- Lencana manusia disahkan: Lencana baharu membantu pengguna membina kepercayaan dan mengurangkan penyamaran di platform janji temu
- Pengesahan umur yang memelihara privasi: Individu kini boleh membuktikan bahawa mereka melebihi umur tertentu tanpa mendedahkan butiran identiti
- Integrasi Tinder: Tinder kini menggunakan lencana untuk manusia yang disahkan dan pengesahan umur yang memelihara privasi, bermula di Jepun
Rangkaian Manusia Sebenar
World App menggabungkan Bukti Kemanusiaan, kewangan tanpa sempadan dan platform terbuka – semua dalam satu tempat. Di sinilah manusia berhubung, bertransaksi dan membina bersama.
World App baharu mula dilancarkan secara global hari ini, muat turun hari ini.

Soalan Lazim World App
Apakah itu World App?
World App ialah app yang serasi dengan Android dan iOS, direka sebagai super app untuk manusia dalam era AI.
World App tersedia di lebih daripada 100 negara dan, bergantung pada lokasi, anda boleh menggunakan World App untuk:
- Simpan, hantar, deposit dan keluarkan matawang Kripto dengan Dompet World dan akaun maya
- Sahkan dengan mudah dan simpan dengan selamat World ID anda yang telah disahkan
- Buktikan dengan selamat dan tanpa nama bahawa anda ialah seorang manusia unik dalam talian dengan World ID anda
- Tuntut airdrop WLD
- Akses pelbagai pilihan Mini Apps
- Bersembang dengan rakan dalam Sembang World, diperkukuh oleh XMTP
Bagaimanakah saya boleh dapatkan World App?
World App tersedia di lebih daripada 100 negara dalam iOS dan Google Play store.
Sebagai dompet penjagaan sendiri – di mana anda dapat mengekalkan kawalan penuh ke atas aset digital anda – World App direka bentuk untuk berfungsi pada hampir 90% telefon pintar yang sedang digunakan di seluruh dunia.
Apakah itu Sembang World?
Sembang World ialah ciri pemesejan hujung ke hujung yang disulitkan dalam World App, yang mengintegrasikan pembayaran global dan Aplikasi Mini.
Aset manakah yang disokong oleh World App?
World App menyokong USDC, EURC dan wrapped Bitcoin, Ethereum, bersama mata wang tempatan seperti wMXN dan wARS untuk penukaran tanpa sempadan dan tanpa yuran. Selain itu, World App menyokong lebih daripada 100 Token matawang Kripto.
Apakah yang membezakan World App daripada aplikasi dompet digital lain?
World App direka bentuk dengan teliti untuk kebolehcapaian sejagat. Tersedia dalam pelbagai bahasa, aplikasi ini menyokong julat peranti yang sangat luas – termasuk lebih 98% telefon Android dan hampir 95% iPhone yang kini digunakan di seluruh dunia. Keserasian ini turut meliputi telefon pintar yang dikeluarkan lebih sedekad lalu.
Maklumat apa yang saya perlu kongsi untuk mendaftar World App?
World App tidak memerlukan sebarang pengenal pasti peribadi – tidak memerlukan nama, e-mel atau nombor telefon – untuk memuat turun dan membuka akaun. Walaupun anda mempunyai pilihan untuk memberikan maklumat tambahan kepada Tools for Humanity (pembangun World App), seperti nombor telefon untuk tujuan pengesahan, perkongsian sebarang data peribadi adalah sepenuhnya pilihan dan mengikut budi bicara anda.
Apakah Aplikasi Mini?
Aplikasi Mini ialah aplikasi harian yang dioptimumkan untuk manusia sebenar. Melalui alatan bersepadu ini, anda boleh berkomunikasi dan menghantar aset digital kepada rakan, menambah nilai telefon menggunakan aset digital, menjalankan undian yang disahkan manusia dan bermain permainan dengan manusia lain yang disahkan dalam rangkaian anda.
Untuk pembangun, rangkaian Aplikasi Mini menawarkan pembangunan dan penyebaran yang lebih lancar. Aplikasi Mini ialah aplikasi web yang tersedia terus di dalam World App.
Apakah akaun maya?
Dengan akaun maya, yang dikuasakan oleh Bridge, individu boleh menerima gaji terus dalam World App (tanpa memerlukan majikan untuk merentas blockchain atau memahami yuran rangkaian) dan menambah dana dari bank mereka melalui rakan kongsi yang disokong. Dana tersebut akan ditukar secara lancar kepada USDC, disimpan dalam Dompet World anda dan anda boleh menghantar atau membelanjakan USDC di seluruh dunia, semuanya tanpa yuran World App.
Ketahui lebih lanjut
Untuk terus mendapat maklumat terkini tentang World, lawati laman web World atau langgan blog di bawah.
Anda juga boleh menyertai perbualan harian di semua saluran media sosial World, atau mendapatkan maklumat penting tambahan mengenai projek ini dengan membaca kertas putih protokol World.
Penafian
World App ialah platform teknologi; bukan institusi kewangan. Ciri akaun maya dikuasakan oleh Bridge. Maklumat penting pengguna, termasuk maklumat pelesenan dan kelayakan yang terpakai, tersedia di www.bridge.xyz dan mesti dinilai oleh anda dan penasihat anda sendiri untuk pematuhan dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Layanan kawal selia terhadap Stablecoin dan aktiviti mata wang maya berbeza mengikut bidang kuasa dan tertakluk kepada perubahan.
Kadar ganjaran Earn yang dipaparkan (APY) adalah tidak tetap, boleh berubah dan tidak dijamin oleh World App. Ganjaran sebenar mungkin berbeza mengikut kadar penyedia protokol pihak ketiga yang mendasarinya, Jumlah baki, kadar promosi (jika ada), boleh menjadi lebih rendah daripada kadar yang dipaparkan. World App ialah platform teknologi yang memberikan anda akses kepada protokol pihak ketiga; ia sendiri tidak menawarkan perkhidmatan perbankan, jagaan aset atau pelaburan. Penggunaan protokol pinjaman on-chain mempunyai risiko, termasuk kemungkinan kehilangan nilai. Maklumat ini hanyalah maklumat umum dan bukan nasihat kewangan, pelaburan atau undang-undang; sila pertimbangkan mengikut keadaan anda sendiri dan, jika perlu, dapatkan nasihat bebas.
Kelayakan untuk Token Worldcoin (WLD) adalah terhad berdasarkan geografi, umur dan faktor lain. WLD tidak tersedia untuk pengagihan melalui World App kepada individu, syarikat atau organisasi yang merupakan pemastautin, atau berada atau diperbadankan di New York atau wilayah terhad lain. World Assets, Ltd. dan World Foundation tidak bertanggungjawab atas ketersediaan WLD pada platform pihak ketiga, seperti penukaran berpusat atau tidak berpusat. Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke: https://world.org/legal/user-terms-and-conditions. Produk kripto boleh menjadi sangat berisiko. Maklumat Pengguna Penting boleh didapati di https://world.org/risks.
Kandungan di atas hanya terpakai setakat tarikh yang dinyatakan. Selain itu, ia tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian, dan oleh itu mungkin tidak tepat dan boleh berubah tanpa notis. Maklumat dalam pembentangan ini adalah secara umum sahaja, dan tiada apa-apa di sini yang bertujuan untuk menjadi nasihat undang-undang, cukai atau pelaburan, atau tawaran atau ajakan bagi sebarang produk atau perkhidmatan. Penafian penuh boleh didapati dalam Terma Penggunaan kami dan maklumat penting pengguna boleh didapati di halaman Risiko.
Artikel berkaitan

Pengumuman ·
Produk ·
Akaun maya, dikuasakan oleh Bridge, membolehkan gaji dan deposit USDC secara terus

Pengumuman ·
Bagaimana bot mencuri kegembiraan musim cuti

Pengumuman ·
Polisi ·
Kelayakan World ID, dengan akses kepada token WLD, kini tersedia di lebih banyak negara

Pengumuman ·
Produk ·
