Semakan Video World ID

Lindungi platform mesyuarat video anda daripada deepfake

Tempah sesi demo

Semakan Video World ID membolehkan peserta mengesahkan bahawa individu yang sedang berinteraksi dengan mereka ialah manusia sebenar, bukannya deepfake.

  • 51%

    daripada trafik internet kini merupakan bot.(1)

  • 62%

    daripada organisasi pernah menjadi sasaran serangan deepfake dalam tempoh 12 bulan lalu.(2)

Dalam perkara yang paling penting

Direka untuk platform yang memerlukan perlindungan paling kukuh daripada deepfake.


Industri berprofil tinggi paling terdedah kepada ancaman yang dijana AI

Cash-multi

Kewangan

Sahkan bahawa individu yang mengakses akaun atau melakukan tindakan tertentu ialah manusia sebenar.

Komuniti

Pengambilan Pekerja

Mengaitkan akaun kepada manusia sebenar dan meningkatkan kepercayaan dalam interaksi.

Beg pakaian

Perkhidmatan Guaman & Profesional

Tingkatkan keselamatan bagi individu yang mengakses maklumat atau urusan sulit.

Bank

Kerajaan dan Sektor Awam

Perkukuh sistem pengesahan identiti sedia ada dan sahkan bahawa individu yang mengakses perkhidmatan ialah manusia sebenar

Topi graduasi

Akademia dan Penyelidikan

Kekalkan integriti akademik dan cegah penipuan penyelidikan.

Penjagaan Kesihatan dan Sains Hayat

Lindungi kerahsiaan maklumat pesakit dan cegah penyamaran identiti profesional perubatan.

...dan dalam mana-mana situasi lain yang melibatkan transaksi berisiko tinggi

Mengapa perlu mengintegrasikan
Semakan Video World ID

  • Bukti Kemanusiaan Bukti Kemanusiaan technologi

    Semakan Video World ID merupakan satu-satunya penyelesaian yang berasaskan teknologi Bukti Kemanusiaan. Selain mengesahkan bahawa pengguna ialah manusia sebenar dan bukannya deepfake, Semakan Video World ID juga memastikan bahawa pengguna tersebut ialah individu unik yang dikaitkan dengan satu akaun sahaja.

  • Fakta, bukan tekaan

    Tidak seperti penyelesaian lain, Semakan Video World ID menggunakan kaedah pemadanan kriptografi yang boleh disahkan dan disokong oleh perkakasan, bukannya bergantung pada ramalan AI yang semakin mudah diatasi oleh teknologi AI itu sendiri.

  • Perlindungan privasi data pada tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini

    Platform anda dan aplikasi World ID hanya menerima bukti serta petunjuk kriptografi yang bersifat tanpa nama dan terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi yang dikongsi atau disimpan.

Semakan Video World ID

Cara Orb berfungsi

Semakan Video World ID melakukan pemadanan kriptografi tiga hala antara tiga imej: satu imej yang diambil menggunakan peranti perkakasan (yang dikenali sebagai “Orb”) semasa proses pengesahan, satu imej swafoto yang diambil menggunakan telefon dan satu lagi imej yang dipaparkan semasa mesyuarat video anda.

Ketiga-tiganya mesti sepadan agar pengesahan berjaya.

Berfungsi

Pendaftaran hanya sekali sahaja dan mengambil masa 3-4 minit. Selepas dikeluarkan, Bukti hanya mengambil masa 20 saat untuk digunakan semula.

  1. 1

    Sahkan sekarang

    Pengguna hanya perlu mengesahkan World ID mereka sekali sahaja secara bersemuka menggunakan peranti Orb.

  2. 2

    Dapatkan Bukti Kemanusiaan

    Orb mengesahkan bahawa pengguna ialah manusia sebenar yang unik dan mengeluarkan Bukti Kemanusian untuk mereka.

  3. 3

    Sambungkan ke platform

    Peserta hanya perlu menghubungkan akaun platform mesyuarat video mereka sekali sahaja.

Perbandingan Plugin World ID

Semakan Video

Semakan Video World ID

Transaksi video berisiko tinggiBukti Kemanusiaan

Semakan Video World ID mengesahkan bahawa individu yang berada di sebalik skrin ialah orang yang sama seperti yang dipaparkan pada skrin, dan individu tersebut benar-benar manusia, bukannya deepfake.

Peranti yang digunakan:
Orb
Masa persediaan:
~3-4 minit
Masa penggunaan semula:
~20 saat
Pengesahan

Pengesahan World ID

Transaksi berisiko tinggiBukti Kemanusiaan

Pengesahan World ID menggunakan pengesahan secara bersemuka untuk memastikan bahawa pengguna ialah manusia sebenar yang unik dan mengesahkan bahawa pengguna yang kembali ialah individu yang sama yang telah disahkan sebelum ini.

Peranti yang digunakan:
Orb
Masa persediaan:
~3-4 minit
Masa penggunaan semula:
~20 saat
Semakan Kehadiran Langsung

Semakan kehadiran langsung World ID

Transaksi harianBukti Kehadiran

Semakan Kehadiran Langsung World ID menggunakan swafoto untuk mengesahkan bahawa pengguna ialah manusia sebenar yang hadir ketika proses pengesahan, serta memastikan bahawa pengguna yang kembali ialah individu yang sama yang telah disahkan sebelum ini.

Peranti yang digunakan:
Peranti mudah alih
Masa persediaan:
~1 minit
Masa penggunaan semula:
~20 saat

Lencana Manusia

Human Badge merupakan simbol kepercayaan baharu dalam dunia internet. Gunakannya pada platform anda untuk membolehkan pengguna menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka ialah manusia sebenar.

Standard perlindungan privasi pengguna yang belum pernah dicapai sebelum ini

Pengguna kekal mempunyai kawalan penuh dan hak pemilikan terhadap data mereka, manakala platform anda hanya menerima bukti serta petunjuk kriptografi yang bersifat tanpa nama dan terdesentralisasi.

Tempah sesi demo

*medan wajib

Dengan menghantar borang ini, saya dengan ini memberikan persetujuan kepada Tools for Humanity Corp. (TFH) untuk mengumpul dan memproses data peribadi saya bagi tempoh 2 tahun, untuk berkomunikasi dengan saya berkaitan permintaan ini dan untuk membuat susulan berhubung minat saya untuk bekerjasama dengan mereka. Saya memahami bahawa saya mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan saya dan saya mengakui Notis Privasi TFH.

Semakan Video World ID ialah Plugin yang mengesahkan bahawa individu di sebalik skrin ialah orang yang sama seperti yang dipaparkan pada skrin dan benar-benar manusia sebenar. Buat masa ini, ciri tersebut hanya tersedia kepada pengguna yang telah memperoleh Bukti Kemanusiaan.

Semakan Video World ID membolehkan anda memastikan bahawa individu yang sedang bercakap dengan anda ialah manusia sebenar, bukannya deepfake.

Semakan Video World ID menjalankan padanan kriptografi 3 hala antara tiga imej muka: satu diambil oleh peranti perkakasan (dipanggil "Orb"), satu diambil melalui swafoto telefon dan satu dipaparkan pada skrin dalam platform video. Imej rujukan sebenar yang diambil oleh Orb semasa pengesahan tidak boleh dimanipulasi. Ketiga-tiganya mesti sepadan agar pengesahan berjaya.

Bukti Kemanusiaan mengesahkan bahawa seseorang ialah manusia sebenar yang unik. Bukti Kemanusiaan merupakan standard pengesahan tertinggi yang hanya dapat dicapai melalui pengesahan menggunakan perkakasan Orb secara tersulit dan tanpa mendedahkan identiti pengguna. Tidak seperti penyelesaian lain, Bukti Pengesahan menggunakan kaedah pemadanan kriptografi yang boleh disahkan, bukannya bergantung pada ramalan AI. Tambahan pula, tahap perlindungannya tidak berkurangan walaupun kandungan yang dijana oleh AI semakin canggih.

Ya. Semakan Video World ID ialah Plugin yang memerlukan Bukti Kemanusiaan, iaitu bukti yang mengesahkan bahawa seseorang ialah manusia sebenar yang unik. Tahap keyakinan pengesahan tertinggi ini hanya dapat dicapai melalui pengesahan menggunakan perkakasan (Orb) secara tersulit dan tanpa mendedahkan identiti pengguna. Keseluruhan proses ini dijalankan secara tanpa nama pada peranti mudah alih pengguna. Setelah dikeluarkan, bukti pengesahan tersebut boleh digunakan semula.

Kami menyediakan sokongan untuk memastikan pelaksanaan dan penggunaan yang lancar di seluruh organisasi anda, termasuk penyepaduannya dengan platform anda.

Orb boleh dihantar ke pejabat anda semasa proses persediaan supaya ahli pasukan anda dapat mengesahkan World ID masing-masing. Bagi memperluas penggunaan perkhidmatan ini kepada pelanggan platform video anda, pasukan kami turut menyediakan perkhidmatan pemasangan Orb di pejabat pelanggan. Pasukan kami juga sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah teknikal dan menjawab sebarang pertanyaan.

Pada masa ini, lebih 18 juta pengguna di seluruh dunia telah memiliki Bukti Kemanusiaan. Mana-mana pengguna yang memiliki bukti pengesahan ini boleh menggunakan Semakan Video World ID. Jika Orb masih belum tersedia berhampiran pengguna anda, pertimbangkan untuk menggunakan Bukti Kehadiran yang membolehkan pendaftaran dilakukan dari jauh bagi aplikasi yang melibatkan risiko rendah.

Tempah sesi demo bersama pasukan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga bagi pelanggan perusahaan yang ingin mengintegrasikan Semakan Video World ID.

Tidak. Semua Bukti World ID, termasuk Bukti Kemanusiaan, adalah percuma dan direka bentuk untuk setiap manusia.

Semakan Video World ID ialah Plugin yang boleh disepadukan dengan platform untuk membolehkan mereka mewajibkan pengesahan Pengesahan Bukti Kemanusiaan sebelum pengguna dapat melakukan sesuatu tindakan. Bayangkan ia seperti mangga dan anak kunci. Semakan Video World ID bertindak sebagai mangga, manakala Bukti Kemanusiaan ialah anak kuncinya.

Hanya individu yang menerima Bukti Kemanusiaan boleh menggunakannya semula pada masa akan datang. Apabila menggunakan bukti tersebut untuk pengesahan, pengguna akan diminta untuk mengambil swafoto ringkas. Swafoto ini kemudiannya dibandingkan dengan imej wajah yang diambil oleh Orb sebagai rujukan asal dan disimpan pada peranti pengguna (dalam Pakej Penjagaan Peribadi mereka).

World ID tidak berkongsi data biometrik dengan platform anda. Imej wajah dan iris pengguna yang diambil menggunakan Orb kekal disimpan pada peranti mereka (dalam bentuk yang disulitkan melalui Pakej Penjagaan Peribadi). Pengguna boleh memadamkan data tersebut pada bila-bila masa. Aplikasi World ID dan platform anda hanya menerima bukti serta petunjuk kriptografi yang bersifat tanpa nama dan terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi dikongsi atau disimpan.

Tidak. Semakan Video World ID tidak mengenal pasti identiti sebenar pengguna. Imej wajah dan iris pengguna yang diambil menggunakan Orb kekal disimpan pada peranti mereka (dalam bentuk yang disulitkan melalui Pakej Penjagaan Peribadi). Pengguna boleh memadamkan data tersebut pada bila-bila masa. Aplikasi World ID dan platform anda hanya menerima bukti serta petunjuk kriptografi yang bersifat tanpa nama dan terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi dikongsi atau disimpan.

Ketahui lebih lanjut tentang perlindungan privasi di sini. Baca kertas putih di sini.

Semakan Video World ID direka bentuk agar tersedia di seluruh dunia di mana sahaja aplikasi World ID disokong, tertakluk kepada peraturan tempatan.