Semakan Kehadiran Langsung World ID

Sahkan kehadiran manusia. Kemudian kuatkuasakan peraturan yang diperlukan oleh perniagaan anda.

Kini, 53% daripada internet terdiri daripada bot. Perniagaan memerlukan asas pengesahan manusia untuk menghadapi ancaman AI yang semakin canggih.

Semakan Kehadiran Langsung World ID menggunakan swafoto pantas untuk membuktikan kehadiran manusia dan bahawa individu yang sama melakukan perlbagai tindakan sensitif yang biasanya memerlukan MFA. Seluruh proses ini dilakukan tanpa nama pada peranti mudah alih pengguna.

Di mana Semakan Kehadiran Langsung World ID penting

Direka untuk platform yang memerlukan isyarat yang mudah digunakan dan mengutamakan privasi bagi menunjukkan bahawa seseorang hadir dan berkemungkinan merupakan individu yang sama seperti yang pernah berinteraksi dengan platform tersebut sebelum ini.

Kegunaan Semakan Kehadiran Langsung World ID

Transaksi harian yang berisiko rendah

  • Hiburan

    Melindungi jualan tiket berpermintaan tinggi daripada bot dan ulat tiket.

  • Media sosial

    Memastikan satu manusia, satu akaun sahaja dan membolehkan sekatan kekal dilakukan.

  • Perdagangan

    Hadkan akses kepada pelancaran barangan eksklusif untuk peminat sebenar sahaja.

  • Pengiklanan digital

    Meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan iklan dengan menjangkau manusia sebenar.

Bagaimana Semakan Kehadiran Langsung World ID boleh membantu

  • Diskaun & program Individu Rujukan

    Cegah penyalahgunaan dan pemusnahan insentif.

  • Pengesanan bot

    Sahkan bahawa yang hadir ialah manusia sebenar dan bukannya bot.

  • Log masuk

    Tawarkan log masuk atau MFA yang lancar, tanpa memerlukan nombor atau kunci laluan.

  • Sekatan kekal

    Kurangkan akaun pendua serta sekat akaun pengguna berniat jahat dan akaun bot.

Mengapa perlu mengintegrasikan
Semakan Kehadiran Langsung World ID

Satu-satunya penyelesaian yang mengesahkan kehadiran pengguna tanpa menjejaskan privasi mereka.

  • Mudah

    Keseluruhan proses dilakukan dari jauh pada peranti mudah alih pengguna. Pengalaman pengguna adalah mudah dan lancar.

  • Keunikan & pengesahan berulang

    Bukti Kehadiran memberikan isyarat risiko keunikan berdasarkan perbandingan dengan populasi pengguna yang berdaftar di seluruh dunia. Setelah dikeluarkan, Bukti Kehadiran boleh digunakan semula merentas pelbagai platform dan mengesahkan bahawa individu tersebut ialah manusia yang sama yang pernah anda lihat hadir secara langsung sebelum ini.

  • Tahap privasi data yang belum pernah dicapai

    Platform anda dan aplikasi World ID hanya menerima bukti dan isyarat kriptografi tanpa nama dan terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi yang dikongsi atau disimpan. Lihat cara pendaftaran, pengesahan dan penjagaan data berfungsi di bawah.

Daripada swafoto kepada Bukti dalam tempoh 20 saat

  • Mula

    Platform anda meminta pengguna membuktikan kehadiran mereka.

  • Swafoto

  • Sahkan kehadiran

  • Pengesahan

Choose the Plugin your business requires

World ID Video Check

High risk video transactionsProof of Human

World ID Video Check confirms that the person behind the screen matches the person shown on screen, and that they’re actually human.

Device used:
The Orb
Setup time:
~3-4 minutes
Reuse time:
~20 seconds
Verify

World ID Verify

High risk transactionsProof of Human

World ID Verify uses in-person verification to confirm a user is a unique human and verifies them as the same returning individual.

Device used:
The Orb
Setup time:
~3-4 minutes
Reuse time:
~20 seconds
Live Check

World ID Live Check

Day-to-day transactionsProof of Presence

World ID Live Check uses a selfie photo to confirm a human is present and authenticates them as the same returning individual.

Device used:
Mobile device
Setup time:
~1 minute
Reuse time:
~20 seconds

Tempah sesi demo

Mohon untuk jadualkan demo.

*medan wajib

Dengan menghantar borang ini, saya dengan ini memberikan persetujuan kepada Tools for Humanity Corp. (TFH) untuk mengumpul dan memproses data peribadi saya bagi tempoh 2 tahun, untuk berkomunikasi dengan saya berkaitan permintaan ini dan untuk membuat susulan berhubung minat saya untuk bekerjasama dengan mereka. Saya memahami bahawa saya mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan saya dan saya mengakui Notis Privasi TFH.

Soalan Lazim

Bukti Kehadiran menggunakan swafoto pantas untuk mengesahkan kehadiran manusia dan bahawa individu yang sama melakukan pelbagai tindakan sensitif yang biasanya memerlukan MFA. Keseluruhan proses ini dilakukan tanpa nama pada peranti mudah alih pengguna. Setelah dikeluarkan, bukti tersebut boleh digunakan semula.

Tidak. Semakan Kehadiran Langsung World ID menyemak Bukti Kehadiran, yang menggunakan swafoto pantas untuk mengesahkan kehadiran manusia dan bahawa individu yang sama melakukan pelbagai tindakan sensitif yang biasanya memerlukan MFA. Hanya Pengesahan World ID memerlukan pengesahan melalui Orb. Pengesahan World ID ialah Plugin yang menyemak Bukti Kemanusiaan. Bukti Kemanusiaan membuktikan bahawa seseorang ialah manusia unik. Ini merupakan tahap jaminan tertinggi yang hanya dapat dicapai melalui pengesahan perkakasan yang disulitkan dan tanpa nama (Orb).

Tempah sesi demo bersama pasukan kami untuk mengetahui harga bagi perusahaan yang ingin mengintegrasikan Semakan Kehadiran Langsung World ID.

Tidak. Semua Bukti World ID, termasuk Bukti Kehadiran, adalah percuma dan direka bentuk untuk semua manusia.

Semakan Kehadiran Langsung World ID ialah Plugin yang boleh diintegrasikan oleh platform yang bergantung pada pengesahan ini, sekali gus membolehkan platform tersebut mewajibkan pengesahan Bukti Kehadiran sebelum pengguna dapat menyelesaikan sesuatu tindakan. Bayangkan seperti mangga dan anak kunci. Semakan Kehadiran Langsung World ID ialah mangga, manakala Bukti Kehadiran ialah anak kuncinya.

Tidak. Swafoto pengguna kekal pada peranti pengguna (disulitkan dalam "Pakej Penjagaan Peribadi") dan pengguna boleh memilih untuk memadam data tersebut pada bila-bila masa. Aplikasi World ID dan platform yang bergantung pada pengesahan tersebut hanya menerima bukti dan isyarat kriptografi yang tanpa nama serta terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi yang dikongsi atau disimpan.

Tidak. Semakan Kehadiran Langsung World ID tidak mengenal pasti identiti pengguna. Swafoto pengguna kekal pada peranti pengguna (disulitkan dalam "Pakej Penjagaan Peribadi") dan pengguna boleh memilih untuk memadam data tersebut pada bila-bila masa. Aplikasi World ID dan platform yang bergantung pada pengesahan tersebut hanya menerima bukti dan isyarat kriptografi yang tanpa nama serta terdesentralisasi. Tiada maklumat peribadi yang dikongsi atau disimpan.

Terokai aspek privasi dengan lebih mendalam di sini. Baca kertas putih di sini.

Semakan Kehadiran Langsung World ID direka bentuk agar tersedia di seluruh dunia di mana sahaja aplikasi World ID disokong, tertakluk kepada peraturan tempatan.