Geran World Foundation
Menyokong inovasi, impak, dan kolaborasi.
Program Geran World Foundation menyokong pembangun, inovator, dan pemimpin komuniti yang berdedikasi dalam membangunkan aplikasi yang dapat memberikan manfaat serta berimpak tinggi di World Chain. Sebuah ekosistem yang telah menghubungkan lebih daripada 12 juta pengguna World ID di lebih 160 buah negara.
Misi kami adalah untuk memupuk penyelesaian yang bersifat terbuka, mudah diakses dan saksama dalam memajukan identiti digital, di samping memacu keterangkuman kewangan global dan menguatkan infrastruktur kolaboratif— ini memberikan pembangun, inovator, pemimpin komuniti, penyelidik, serta pengasas satu platform yang belum pernah wujud sebelum ini dalam membina sistem identiti dan kewangan yang benar-benar global, efisien, dan inklusif.
Geran kami tersedia secara berterusan — mohon pada bila-bila masa.
Pasukan kami akan menilai cadangan anda dengan segera.
Sama ada anda sedang mencipta prototaip baru bagi Aplikasi Mini atau sedang memajukan penggunaan baru untuk bukti-kemanusiaan, kami sedia membantu anda merealisasikan idea anda menjadi impak yang nyata.
Mohon di sini untuk:
Geran Spark Track — Tukarkan idea disahkan menjadi Aplikasi Mini yang berfungsi
Untuk pembangun dan pengasas awal yang sedang dalam proses untuk menukar idea jelas mereka kepada Aplikasi Mini yang berfungsi serta bersedia untuk melancarkan sesuatu yang sebenar.
Siapa yang Layak Memohon?
- Pasukan kecil
- Pengasas awal
Apa yang kami cari?
- Isu nyata yang sedang anda atasi
- Demo atau prototaip yang berfungsi
- Pencapaian realistik yang boleh anda capai dalam garis masa yang ditetapkan
Geran Scale Track — tingkatkan prestasi Aplikasi Mini sedia ada dengan pengguna sebenar dan capai pertumbuhan 10× melalui Geran Penskalaan
Untuk Aplikasi Mini yang sudah pun digunakan oleh manusia sebenar, telah disahkan dan memerlukan modal untuk berkembang dengan lebih cepat.
Siapa Layak Memohon?
- Produk dengan pengguna aktif
Apa yang kami cari?
- Bukti Data Penggunaan atau Retensi yang Mantap
- Strategi Pelancaran ke Pasaran yang Jelas
- Pelan untuk berkembang 10× atau lebih dari tempat anda berada sekarang
Program Perintis: Ganjaran Untuk Pembangun
Ganjaran berterusan berasaskan penggunaan, yang direka untuk membayar pembangun secara automatik apabila Aplikasi Mini mereka memberi manfaat kepada manusia sebenar.
Dana Perintis
300 ribu USD dalam bentuk WLD sepanjang 3 bulan pertama
(sejak dilancarkan pada Mar 27 2025)
Bagaimana ia berfungsi
Setiap bulan, kami akan mengagihkan WLD secara pro-rata kepada aplikasi yang layak berdasarkan metrik penggunaan manusia yang disahkan. Tiada 'pitch deck' berasingan diperlukan—hanya bina, lancar, dan biarkan angka membuktikan segalanya
Siapa yang layak
Mana-mana Aplikasi Mini yang telah dilancarkan dalam World App dan memenuhi Terma dan Syarat (T&C) program
Kenapa perlu sertai
Tambahkan ganjaran tambahan di atas pembiayaan dana Spark atau Scale, dan tukarkan penggunaan menjadi aliran pendapatan berulang
Bagaimana untuk menyertai
Semak papan pendahuluSama ada anda sedang menguji satu idea, menggandakan tarikan sehingga 10× ganda, atau telahpun memberi perkhidmatan kepada jutaan pengguna, World Foundation mempunyai program yang sepadan dengan tahap anda — dan akan memberi ganjaran kepada anda sebaik sahaja manusia sebenar mula mendapat manfaat daripada hasil kerja anda.
50 JUTA WLD
untuk Geran World
26+ Juta Pengguna
di lebih 160 buah negara sejak hari pertama dilancarkan
Yuran Gas yang disubsidikan
untuk pengguna yang sah → kos lebih rendah, kadar penukaran lebih tinggi
Mempersembahkan penerima geran terdahulu dan projek inovatif mereka. Dana telah diberikan untuk acara komuniti dan RFP.
Suku ke-3 tahun 2024
Gelombang 1
16 buah projek telah dibiayai dengan jumlah keseluruhan Geran sebanyak kira-kira 289 ribu WLD
Lihat Penerima GeranSuku Pertama 2024
Gelombang 0
Dana diberikan untuk acara Komuniti dan RFP. 28 buah projek telah dibiayai dengan Jumlah Penganugerahan Geran sebanyak kira-kira 800 ribu WLD
Lihat Penerima GeranUntuk kekal mendapat kemas kini mengenai perkembangan ekosistem, sila ikuti foundation.world.org di X dan Discord.