Semua orang tahu lebih banyak tentang anda berbanding World ID
Tidak seperti yang lain, World ID tidak menyimpan sebarang data peribadi.
World ID ialah bukti kemanusian tanpa nama untuk era AI.
World ID menawarkan kawalan yang tiada tandingan terhadap maklumat peribadi anda. Sebaik sahaja anda mempunyai World ID yang disahkan, anda boleh menggunakannya dengan selamat dan secara tanpa nama untuk membuktikan yang anda adalah manusia sebenar dan unik (bukan bot), tanpa mendedahkan siapa diri anda.
Melalui World ID, kami mentakrif semula identiti internet. Perkara ini akan menjadi semakin relevan selaras dengan kemajuan kecerdasan buatan dan kewujudan bot canggih yang berkelakuan seperti manusia.


Kami tidak mahu tahu siapa anda, cuma perlu tahu yang anda adalah manusia.
World ID direalisasikan hasil daripada teknologi kriptografi seperti Pembuktian sifar pengetahuan (ZKP). Teknologi ini dapat membuktikan yang World ID anda adalah tulen dan anda tidak pernah melakukan tindakan yang sama sebelum ini – semuanya dilakukan tanpa mendedahkan identiti anda.
Ia boleh digunakan dengan mudah untuk pengesahan dalam talian seperti log masuk ke aplikasi sosial dan memastikan aktiviti dalam talian seperti mengundi atau pembelian tiket konsert dijalankan dengan adil.
Data anda disulitkan dan disimpan pada peranti anda.
“Penjagaan Peribadi” bermaksud maklumat yang dijana di Orb semasa anda mengesahkan World ID anda (seperti imej, metadata dan data terbitan, termasuk kod iris) disimpan pada peranti anda sendiri. Melainkan anda memilih untuk berkongsinya secara aktif, tiada sesiapa yang akan memiliki data Orb anda melainkan diri anda.
Dan yang paling utama, keseluruhan sistem Penjagaan Peribadi telah direka untuk memastikan data anda kekal selamat walaupun telefon anda digodam.
Jika anda memilih untuk mencari Orb dan mengesahkan World ID anda, data anda akan disulitkan dan disimpan pada peranti anda. Ini akan memberikan anda kawalan penuh ke atas data tersebut dan anda boleh memadamkannya pada bila-bila masa.

Ikuti kami di media sosial
