Operator komuniti
Jadi Operator Komuniti dan peroleh WLD

Operator Komuniti menguruskan Orb dalam komuniti mereka supaya semua orang boleh mendapat manfaat daripada World.
World ID
Operator Komuniti diberi ganjaran kerana mengesahkan manusia unik menggunakan Orb.
Bagi setiap manusia unik yang mengesahkan World ID mereka menggunakan Orb anda, anda akan memperoleh token WLD.*
Maklumat lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi.
Ketahui lebih lanjutOrb ialah peranti sumber terbuka yang mengesahkan bahawa anda ialah manusia unik.
Ketahui lebih lanjutSenarai prapesanan kini penuh.
Orb sedang dibangunkan. Semua spesifikasi, ciri dan butiran harga tertakluk pada perubahan.
Anda boleh membatalkan prapesanan anda pada bila-bila masa dan menerima bayaran balik sepenuhnya.
Tarikh penghantaran yang dianggarkan tidak dijamin dan mungkin terjejas akibat kelewatan pengeluaran, kelulusan kawal selia atau faktor lain yang tidak dijangka. Prapesanan ini tidak dianggap sebagai pembelian muktamad atau perjanjian sewaan. Anda perlu menandatangani Perjanjian Operator Komuniti yang berasingan sebelum menerima Orb, dan terma muktamad akan diberikan pada masa tersebut. Prapesanan anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum Perjanjian Operator Komuniti yang muktamad ditandatangani.
Apabila pembatalan dibuat, Bayaran Tempahan anda akan dibayar balik sepenuhnya. Setelah Perjanjian Operator Komuniti ditandatangani dan Orb dihantar, Bayaran Tempahan anda akan ditolak daripada kos akhir dan tidak akan dibayar balik. Harga akhir Orb akan ditentukan apabila tarikh penghantaran semakin hampir dan mungkin berbeza bergantung pada kos pembuatan, penghantaran, duti kastam dan faktor lain. Tools for Humanity tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ganti rugi tidak langsung, sampingan atau berbangkit yang timbul daripada kelewatan, perubahan pada spesifikasi atau pembatalan prapesanan.


