World untuk Perniagaan
Integrasi dengan World
World mengutamakan manusia dalam talian.
Membuktikan secara selamat dan tanpa nama bahawa setiap pengguna ialah manusia sebenar dan unik di internet.
Privasi dan Ketanpanamaan
Membolehkan pengguna membuktikan bahawa mereka ialah manusia sebenar, unik dan memenuhi syarat umur tanpa berkongsi maklumat peribadi.
Keselamatan dan Kepercayaan
Hapuskan bot dan serangan Sybil pada skala besar, sekali gus mengukuhkan integriti platform dan mengurangkan beban operasi.
Kesihatan Komuniti
Membolehkan penyertaan autentik dengan memastikan setiap individu mempunyai satu akaun sahaja, sekali gus mengurangkan manipulasi berbilang akaun.
Pertumbuhan dan ROI
Mengurangkan jumlah pendaftaran palsu, meningktakan kecekapan CAC, memastikan jangkauan kepada manusia sahaja (dengan menghapuskan trafik bot) dan mengoptimumkan nilai seumur hidup manusia yang telah disahkan.
Pencegahan Penipuan
Hadkan penyalahgunaan promosi, pesalah berulang dan aktiviti pemadat kelayakan atau 'credential stuffing' dengan menghalang pengguna daripada mencipta akaun baharu selepas tindakan penguatkuasaan diambil.
Brendan Ittelson /
Ketua Pegawai Ekosistem / Zoom
Alat World ID
Bukti Kemanusiaan
Membenarkan hanya satu akaun bagi setiap individu untuk mencegah penggunaan berbilang akaun dan memastikan sekatan lebih bermakna.
Deep Face
Melindungi daripada deepfake berniat jahat dan penyamaran dalam talian.
Face Auth
Perbandingan wajah 1:1 secara peribadi yang memastikan hanya individu yang mengesahkan World ID mereka di Orb boleh menggunakannya.
Pengesahan Identiti
Membuktikan perkara tertentu tentang diri sendiri kepada pihak ketiga tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi.
Agent Kit (Beta)
Memperluas x402 untuk membolehkan laman web membenarkan trafik ejen dan pembayaran mesin ke mesin tanpa menjadi mangsa spam.
Semakan Selfie
Isyarat kemanusiaan yang mudah dan berjaminan rendah bagi platform yang perlu menghalang bot, bukannya mengesahkan identiti.
Sumber untuk pembangun perusahaan
Pengalaman Pengguna
Muat turun World App
Cari Orb
Mula menggunakan World
World ID direka bentuk untuk menjadi tanpa nama
Apabila World ID digunakan untuk membuktikan kepada rakan kongsi pihak ketiga bahawa seseorang ialah manusia unik, World ID tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tersebut.
Menerusi teknologi kriptografi yang dikenali sebagai bukti pengetahuan sifar (ZKP), pengguna hanya mendedahkan bahawa mereka mempunyai World ID yang sah.
Ketahui lebih lanjutKetahui lebih lanjut tentang World
Pengenalan kepada World ID
Privasi di World
Berhubung dengan kami
Soalan Lazim
World meningkatkan integriti merentas platform dan perniagaan melalui bukti pengesahan manusia yang mengutamakan privasi.
Setelah disahkan, World ID boleh digunakan di ratusan aplikasi dan Perkhidmatan yang menyokong protokol World, contohnya:
- Permainan dengan manusia sebenar
- Aplikasi janji temu untuk manusia sebenar
- Membeli-belah untuk manusia sebenar
- Perdagangan agentik yang dilaksanakan oleh manusia sebenar
- Menyertai Undian manusia sebenar yang telah disahkan
- Dan banyak lagi aplikasi lain
World ID membolehkan individu membuktikan secara anonim atau tanpa nama bahawa mereka adalah manusia unik dan bukannya bot atau sistem AI pada aplikasi web dan mudah alih. Pengguna tidak perlu mendedahkan sebarang maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon atau alamat e-mel. Aplikasi atau perkhidmatan hanya akan mengetahui bahawa mereka adalah manusia unik; selain itu, tindakan pengguna tidak dapat dijejaki melalui World ID. Hari ini, penggunaan World ID tersedia melalui integrasi dengan Razer, Match Group, Okta Auth0 dan lainnya.
Kegunaan masa hadapan: SDK World adalah merupakan sumber terbuka dan tersedia untuk sesiapa sahaja untuk membangun produk di atas World. Kegunaan baru akan terus muncul apabila semakin ramai pembangun menggunakan World ID sebagai lapisan pengesahan untuk Bukti Kemanusiaan.
Itulah teknologi reka bentuknya yang sebenar – dan ini adalah satu ciri untuk rakan kongsi, bukan satu kekangan. World ID memberi anda jaminan kriptografik bahawa pengguna ialah manusia unik (atau memenuhi atribut tertentu seperti "lebih dari 18 tahun"), tanpa anda perlu menyimpan, melindungi atau bertanggungjawab ke atas data peribadi. Tiada pangkalan data rekod pengguna atau maklumat peribadi untuk dicuri oleh penyerang serta tiada liabiliti data yang anda sebagai syarikat rakan kongsi perlu uruskan. Bukti itu sendiri adalah secara tanpa nama atau anonim melalui pembuktian tanpa pengetahuan, jadi anda mendapat isyarat kepercayaan tanpa mendedahkan diri kepada pendedahan GDPR/CCPA pada data identiti.
Apabila seseorang menggunakan World ID mereka, terdapat beberapa perlindungan privasi yang disediakan untuk memastikan individu tersebut kekal tanpa nama.
Pertama, bukti pengetahuan sifar (ZKP) dapat membuktikan yang seseorang individu ialah manusia unik tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga yang meminta bukti tersebut. ZKP juga melindungi penggunaan World ID daripada dijejaki merentas aplikasi atau dikaitkan dengan sebarang data biometrik.
World ID menggunakan protokol sumber terbuka yang dikenali sebagai Semaphore untuk memastikan bahawa data World ID itu sendiri tidak boleh dikaitkan dengan identiti seseorang apabila mereka berkongsi "bukti kemanusiaan" mereka dengan aplikasi lain.
Ketahui lebih lanjut tentang ZKP
World ID menawarkan kepada pengguna kawalan yang tiada tandingan terhadap maklumat mereka, termasuk Penjagaan Peribadi.
“Penjagaan Peribadi" bermaksud semua maklumat yang dijana di Orb apabila pengguna mengesahkan World ID mereka seperti (foto, metadata dan data terbitan, termasuk kod unik) hanya disimpan pada peranti mereka. World Foundation, Tools For Humanity atau mana-mana syarikat pihak ketiga tidak boleh menyahsulit fail yang disulitkan ketika ia melalui pelayan mereka untuk sampai ke telefon pengguna. Sistem ini direka bentuk untuk memastikan data setiap pengguna kekal selamat walaupun telefon mereka terjejas.
Pengguna hanya perlu mengesahkan sekali sahaja di Orb awam yang ditempatkan di salah satu Ruangan World kami. Selepas pengesahan, World ID kekal terenkripsi pada telefon pengguna dalam World App dan boleh digunakan semula sepanjang hayat pada mana-mana aplikasi yang diintegrasikan. Tiada Orb diperlukan di rumah – pengguna hanya perlu melawat Lokasi Orb awam. Untuk melihat senarai semua Lokasi Orb yang tersedia dan untuk memahami liputan Orb di seluruh dunia, sila lawati world.org/find-orb.
Terdapat beberapa pengecualian di mana pengguna mungkin perlu melawat semula Orb pada masa tertentu di masa hadapan – sebagai contoh, jika mereka kehilangan telefon dan tidak dapat memulihkan World ID mereka daripada sandaran, jika mereka perlu menaik taraf World ID lama yang dikeluarkan sebelum Pakej Penjagaan Peribadi, atau sekiranya aplikasi berkepercayaan tinggi memerlukan pengesahan baharu.
Pengesahan Bukti Kemanusiaan yang dijalankan oleh Orb hanya melibatkan satu jenis data: iaitu imej mata dan wajah pengguna. Ia tidak memerlukan nama, e-mel, jantina atau apa-apa lagi.
Imej iris digunakan untuk mengesahkan kemanusiaan unik pengguna, manakala imej wajah mereka digunakan untuk Face Auth, iaitu ciri keselamatan yang memastikan hanya individu yang mengesahkan World ID mereka di Orb sahaja yang boleh menggunakannya.
Selepas pengguna mendaftar untuk World App, mereka boleh mencari Lokasi Flagship World untuk melawat Orb. Pengesahan World ID berlaku di Orb.
Apabila pengguna berada di stesen Orb dan telah mendaftar dalam World App, berikut ialah langkah-langkah yang akan berlaku:
- Orb akan mengambil imej beresolusi tinggi bagi iris dan wajah pengguna.
- Orb menggunakan imej-imej ini untuk mengesahkan kemanusiaan pengguna dan menukar imej iris kepada kod unik yang kemudiannya dipecahkan kepada serpihan pengiraan berbilang pihak (MPC) secara rawak.
- Orb kemudian menghantar imej dan fragmen MPC ke peranti pengguna (pakej penjagaan peribadi), sebelum dipadamkan secara kekal.
- Peranti pengguna menghantar fragmen tersebut ke perkhidmatan AMPC untuk mengesahkan bahawa pengguna tidak pernah disahkan sebelum ini.
- World ID pengguna telah disahkan.
Sebahagian besar proses dan kod yang berkaitan dengan pengesahan kemanusiaan unik, termasuk AMPC dan apa yang berlaku di Orb, dijadikan sumber terbuka untuk dilihat dan diaudit oleh sesiapa sahaja di sini.
Anda boleh menyatakan minat anda melalui borang 'Hubungi Kami' yang terdapat di laman web ini dan kami akan menghubungi anda.

