
Hari ini, keperluan untuk menjalinkan hubungan sebenar tidak pernah lebih penting. Bertemu orang baru sepatutnya terasa selamat dan mengujakan — melalui alat yang membolehkan kita percaya dan berhubung dengan cara yang sebenarnya. Inilah sebabnya mengapa kami berasa teruja untuk mengumumkan kerjasama baru dengan Match Group, peneraju global dalam menjalinkan hubungan yang bermakna.
Perkongsian ini menggariskan komitmen yang mendalam oleh Match Group terhadap kepercayaan, keselamatan, dan pilihan pengguna, sambil mereka terus meneroka teknologi inovatif yang dapat memupuk hubungan autentik dan dalam masa yang sama melindungi privasi pengguna.

Era Baru untuk Janji Temu Digital
Match Group akan menjadi perintis dalam penggunaan World ID sebagai satu kaedah penyelesaian mudah dan selamat untuk mengesahkan umur seseorang, bermula dengan pengguna Tinder di Jepun.
Bagi pengguna Tinder, ini memberikan mereka lapisan kepercayaan tambahan: yang mana ia akan memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan yakin, dan membantu memastikan profil yang mereka lihat adalah individu sebenar yang mencari hubungan yang tulus. Dengan profil yang telah disahkan, pencarian kisah hebat anda yang seterusnya — sama ada berputiknya bibit-bibit cinta, dalam proses saling-mengenali, atau terjadinya kisah yang epik — semuanya akan menjadi lebih benar. Kerana apabila seseorang dapat mempercayai siapa yang mereka sedang berkomunikasi, segalanya menjadi tidak terbatas: keajaiban yang sebenar, debaran percintaan yang nyata, kepedihan hati yang sebenar dan segala yang berada di antara momen-momen yang disebutkan adalah benar.
Kami teruja untuk membawakan ini kepada manusia sebenar tidak lama lagi.
Membina Internet yang Lebih Manusiawi, Satu Hubungan pada Satu Masa
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada visi jangka panjang untuk pengguna melayari internet yang lebih autentik — di mana orang ramai boleh mengesahkan diri mereka tanpa mengorbankan privasi mereka. Apabila AI bertambah maju, keupayaan untuk mengesahkan manusia sebenar di belakang setiap interaksi adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan dan keaslian dalam talian.
Teknologi membantu kita menemui satu sama lain. Manusia sebenar menjadikannya bermakna.
Ketahui lebih lanjut
Untuk kekal menerima maklumat terkini tentang World, lawati laman web World atau langgani blog di bawah.
Anda juga boleh menyertai perbualan harian di semua saluran media sosial World, atau mendapatkan maklumat tambahan penting mengenai projek ini dengan membaca Protokol Kertas Putih World.