Teknologi Jaminan Umur Baharu yang Memelihara Privasi untuk Era Digital

18 Jun 2025 Bacaan 3 Minit
A person examining an Orb in a well-lit room with large windows, surrounded by several other Orbs on a table.

Ketika penggubal dasar di seluruh dunia berusaha untuk memperkukuhkan undang-undang berkenaan keselamatan kanak-kanak dalam talian serta piawaian terhadap reka bentuk yang sesuai dengan umur, platform digital sedang menghadapi tekanan yang semakin meningkat dalam usaha untuk mengesahkan umur pengguna. 

Namun, kebanyakan pendekatan sedia ada seperti—pemeriksaan ID secara manual, swafoto yang dihantar oleh pengguna dan alat pengesahan pihak ketiga—kesemua ini memerlukan pengumpulan dan penyimpanan maklumat peribadi yang sensitif. Kaedah-kaedah ini boleh menjejaskan privasi, sukar untuk diskalakan, dan sering mendedahkan platform kepada risiko keselamatan data. Kaedah-kaedah pengesahan di atas juga terdedah kepada alatan AI yang memberi ruang kepada penciptaan imej dan ID sintetik yang berkualiti tinggi. 

Bagaimana jika proses pengesahan umur anda tidak memerlukan sebarang data sama sekali?

Melalui World ID, seseorang kini boleh mengesahkan umur secara peribadi, selamat, dan tanpa nama—tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi dengan penyedia perkhidmatan.

Pendekatan Baru: Jaminan Umur dengan World ID

World ID memperkenalkan kaedah tanpa nama untuk mengesahkan umur, yang dikuasakan oleh bukti tanpa pengetahuan (zero-knowledge proofs) (ZKPs). Kaedah ini membolehkan seseorang membuktikan mereka memenuhi keperluan umur—seperti melebihi 18 tahun—tanpa perlu berkongsi sebarang maklumat lain.

Bagaimana Ia Berfungsi:

Kebanyakan pasport moden dilengkapi dengan cip NFC dengan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut. Dengan menggunakan World App, individu boleh mengetik pasport mereka ke telefon dan menambahkannya sebagai kelayakan. Aplikasi ini akan membaca dan menyulitkan maklumat yang berkaitan—termasuk tarikh lahir—dan menyimpannya hanya pada peranti individu terbabit. Ini dimungkinkan melalui ciri Penjagaan Peribadi, yang memastikan bahawa tiada data yang dimuat naik ke awan (cloud) atau pangkalan data berpusat.

Apabila sesuatu perkhidmatan digital perlu mengesahkan individu sama ada individu tersebut memenuhi had umur minimum, World menggunakan ZKP untuk mengesahkan kelayakan. Platform dalam talian akan menerima jawapan binari yang mudah—ya atau tidak—sama ada orang itu memenuhi peraturan umur yang ditetapkan mereka, tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi, malah dengan World sekalipun. Perkara penting sepanjang proses: 

  • Tiada dokumen identiti yang dikongsi dengan pihak ketiga
  • Tiada tarikh lahir didedahkan
  • Tiada perkhidmatan dijejaki 

Ia memberikan jaminan umur, dengan privasi maksimum.

Cara menggunakan World ID, jaminan umur tanpa nama

Proses untuk memulakannya adalah mudah dan cepat:

  1. Muat turun World App
    Tiada imbasan biometrik atau lawatan Orb diperlukan.
  2. Tambah pasport anda ke bahagian 'ID Rasmi'.
    Data anda akan dibaca dari cip NFC dan disulitkan pada peranti sahaja.
  3. Gunakan World ID anda pada perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam membuktikan dan memastikan bahawa anda telah memenuhi keperluan umur yang ditetapkan secara tanpa nama.
Screenshot of the World App displaying an age verification message stating users must be 18 years or older.
Screenshot of World App displaying a country selection menu for identity document verification, featuring Argentina, Brazil, Chile, Colombia, and Costa Rica.
World App interface showing age verification option with a prompt to present a government issued passport.
Screenshot of the World App interface prompting users to prove their age with an NFC-enabled government ID card, featuring options to present a national ID or use another document.
A smartphone displaying a screen that reads 'Age verification in progress' with a loading indicator. The background is plain white, emphasizing the verification process.
Screen of the World App displaying a message that the user is unblocked and can continue the process

Pendekatan ini berfungsi dengan lancar untuk perkhidmatan yang mempunyai had umur minimum (contohnya 18 ke atas), dan boleh diintegrasikan melalui API pada platform yang disokong.

Protokol World direka bentuk dengan mengambil kira privasi sejak awal. Untuk maklumat lanjut, sila baca Private by Design: Panduan kepada Prinsip Privasi World dan Kertas Putih.

Kekal dimaklumkan tentang perkembangan terkini World

Untuk kekal menerima maklumat terkini tentang World, lawati laman web World atau langgani blog di bawah.

Anda juga boleh menyertai perbualan harian di semua saluran media sosial World, atau mendapatkan maklumat tambahan penting mengenai projek ini dengan membaca Protokol Kertas Putih World.