Dari keraguan kepada kepercayaan: Bagaimana Bukti Kemanusiaan dapat membantu memerangi deepfake

2 September 2025 Bacaan 3 Minit
Seseorang sedang berbual, menekankan kepentingan mendapatkan kepercayaan dalam memerangi deepfake.

Dalam setiap lima minit, serangan 'deepfake' dilaporkan berlaku di serata dunia.

Mangsa terdapat di mana-mana. Di Hong Kong, seorang kakitangan kewangan telah memindahkan wang sebanyak $25 juta selepas menerima satu panggilan video dengan individu yang menyerupai CFO syarikatnya — namun sebenarnya, kesemua peserta dalam panggilan tersebut adalah palsu. Di Perancis, seorang wanita telah diperdaya sehingga percaya bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Brad Pitt.

Hampir 80% golongan dewasa tidak lagi mampu membezakan sama ada video itu benar atau palsu. Inilah realiti baharu dalam era penipuan digital. Apa yang bermula sebagai sebuah keunikan kini telah berubah menjadi krisis yang mengancam asas utama dalam cara kita berhubung. Apabila wajah sesiapa pun boleh ditiru, suara boleh diklon hanya dengan menggunakan rakaman beberapa saat, malah panggilan video secara langsung pun tidak lagi boleh dipercayai, kita akhirnya berdepan satu persoalan yang meresahkan: bagaimana kita mahu meletakkan kepercayaan kepada perkara tertentu atau kepada sesiapa pun selepas ini?

Jawapan bagi persoalan pokok ini akan menentukan hala tuju hubungan sesama manusia dalam zaman digital yang kian mencabar.

Ledakan deepfake

Angka-angka yang diperolehi telah memberi gambaran yang jelas. The Wall Street Journal melaporkan bahawa di Amerika Syarikat sahaja, terdapat lebih dari 105,000 serangan deepfake pada tahun lalu. Teknologi di sebalik serangan ini amat mudah diakses dan sangat berbahaya pada masa kini. Sesuatu yang dahulunya memerlukan bajet besar setaraf filem Hollywood dan barisan pakar, kini berada di hujung jari sesiapa sahaja yang mempunyai peranti dan talian internet.

Serangan ini tidak memilih mangsa. Penipu menggunakan sokongan deepfake selebriti untuk mencuri jutaan dolar melalui skim pelaburan di media sosial. Selepas sesuatu bencana alam terjadi, golongan penipu akan mula menyebarkan rayuan derma yang dihasilkan menggunakan janaan AI yang menggunakan wajah petugas kemanusiaan. Deepfake politik semakin menular bagai api dalam sekam, memaparkan calon-calon memperkatakan sesuatu yang tidak pernah mereka ucapkan.

Institusi kewangan berdepan dengan krisis yang sangat meruncing: penipuan berkaitan deepfake melonjak sebanyak 3,000% pada tahun 2023, dengan purata kerugian perniagaan mencecah $500,000 bagi setiap insiden. Industri kewangan digital turut menerima tamparan hebat, dengan deepfake AI menjadi punca kepada 40% daripada keseluruhan penipuan kripto bernilai tinggi pada tahun 2024, sekali gus menyumbang kepada kerugian global sebanyak $4.6 bilion di seluruh dunia.

Bagaimana bukti kemanusiaan dapat memerangi deepfake

Bagaimana jika kita mampu mengurangkan keberkesanan 'deepfake'? Teknologi Bukti Kemanusiaan menawarkan instrumen yang berpotensi besar. Dengan mewujudkan bukti kriptografi yang dapat mengesahkan sama ada anda sedang berinteraksi dengan manusia sebenar yang unik, teknologi ini berupaya menangani punca utama kepada masalah ini. Ia bukan untuk menentukan sama ada sesuatu kandungan itu palsu; sebaliknya, ia memastikan sumbernya adalah asli sejak dari awal lagi.

Aplikasi bagi Teknologi Bukti Kemanusiaan ini bersifat transformatif:

  • Komunikasi selamat: Mengesahkan bahawa individu dalam panggilan video tersebut sememangnya manusia sebenar.
  • Transaksi yang dipercayai: Memastikan perbincangan penting berlaku dengan manusia sebenar dan bukannya dengan deepfake AI.
  • Kandungan asli: Membolehkan pencipta sesuatu karya menandatangani karya mereka secara kriptografi, sekali gus dapat membezakan dengan nyata mana satu hasil kerja yang asli.

Berbeza dengan sistem yang boleh dimanipulasi atau pangkalan data yang boleh dicerobohi, pengesahan Bukti Kemanusiaan dilakukan melalui kriptografi yang memelihara privasi. Tiada pangkalan data pusat atau penjejakan dalam talian; yang ada hanyalah bukti matematik yang mengesahkan bahawa seorang manusia sebenar yang unik berada di sebalik sesuatu tindakan.

Meraih kembali masa depan digital kita

World menyediakan kaedah untuk meningkatkan tahap kewaspadaan kita terhadap perbezaan antara interaksi manusia dengan interaksi sintetik. Teknologi Deep Face bagi protokol ini, yang dikuasakan oleh World ID, menyediakan pengesahan identiti manusia secara masa nyata semasa panggilan video — sekali gus menjamin bahawa individu yang anda lihat pada skrin adalah manusia sebenar.

Fenomena 'deepfake' meletakkan masyarakat kita di satu titik persimpangan. Di satu jalan yang lain, terbentang sebuah dunia yang penuh dengan keraguan berterusan; di mana apa yang dilihat tidak lagi boleh dipercayai, dan rasa percaya kian menghilang. Di satu jalan yang lain pula, terletak masa depan di mana kita boleh berinteraksi dengan penuh yakin, di mana kita boleh memastikan bahawa hubungan digital kita adalah setulen hubungan fizikal kita.

Pilihan terlihat dengan jelas, tetapi peralihan ini tidak akan berlaku secara automatik. Ia memerlukan kita menyedari bahawa paradigma lama iaitu — pengesanan, penyederhanaan, dan penguatkuasaan selepas sesuatu kejadian adalah diperlukan tetapi tidak lagi mencukupi. Kita memerlukan naik taraf asas pada infrastruktur digital kita. Bukti Kemanusiaan berkemungkinan memberi kita jalan untuk menghalang deepfake sebelum ia menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

Ketahui lebih lanjut

Untuk terus mendapat maklumat terkini, berita menarik serta pengumuman lain daripada World, anda boleh layari laman web World atau langgani blog di bawah.

Anda juga boleh sertai perbualan harian di semua saluran media sosial World, atau dapatkan maklumat tambahan penting tentang projek ini dengan membaca kertas putih protokol World.