
- Seiring dengan kemajuan AI, adalah penting untuk kita membezakan kandungan dalam talian yang dihasilkan oleh manusia dan yang dijana oleh AI
- Bukti kemanusiaan dapat digunakan untuk menangani beberapa kebimbangan utama yang timbul dalam era AI, antaranya adalah: (1) melindungi daripada serangan sybil dan (2) meminimumkan penyebaran maklumat tidak benar yang dihasilkan oleh AI
- World ID ialah "pasport" digital yang boleh digunakan untuk membuktikan keunikan dan kemanusiaan secara peribadi sewaktu berada dalam talian
- Worldcoin telah menerbitkan sumber terperinci untuk memberikan maklumat lanjut tentang bukti kemanusiaan dan World ID
Kecerdasan buatan sedang berkembang pesat. Seiring dengan perkembangannya, semakin penting bagi orang ramai untuk membezakan antara kandungan dalam talian yang dihasilkan oleh manusia dan yang dijana oleh AI.
Di sinilah bukti kemanusiaan memainkan peranannya.
Apakah itu bukti kemanusiaan?
Secara ringkasnya, bukti kemanusiaan (Pop) ialah satu mekanisme yang dapat digunakan untuk mengesahkan kemanusiaan dan keunikan seseorang individu secara digital. Ia boleh dianggap sebagai blok binaan utama dan yang paling asas dalam pembentukan identiti digital.
Worldcoin telah membangunkan World ID, iaitu protokol identiti terbuka yang boleh digunakan untuk membuktikan keunikan dan kemanusiaan seseorang individu dalam talian sambil mengekalkan privasi mereka.
Mengapakah bukti kemanusiaan diperlukan?
AI yang canggih boleh menjadi alat yang dapat meningkatkan keupayaan. Namun, sebagaimana teknologi lain yang sedang berkembang, ia turut mencetuskan beberapa pertimbangan baharu yang kompleks, termasuklah:
- Melindungi daripada serangan sybil, atau serangan dalam talian yang terdiri daripada beberapa identiti pseudonim yang dijana oleh seorang penyerang
- Mencegah penyebaran kandungan realistik yang dijana oleh AI yang bertujuan untuk memperdaya atau menyebarkan maklumat palsu secara besar-besaran
Bukti kemanusiaan menangani kedua-dua perkara ini.
Pertama, PoP atau bukti kemanusian menetapkan had kadar secara semula jadi melalui pengesahan akaun, sekali gus membendung serangan Sybil pada skala yang besar. Kedua, ia membolehkan penapisan kandungan, iaitu dengan hanya membenarkan hantaran daripada akaun yang telah disahkan milik manusia unik. Ini membantu menangani penyebaran maklumat palsu yang dijana oleh AI secara besar-besaran.
PoP tidak seharusnya dilihat sebagai penyelesaian mutlak, tetapi sebagai langkah awal yang penting dalam membina rangkaian global identiti manusia unik. Sekiranya dicapai pada skala yang cukup besar, ia mampu membawa impak sosial yang amat signifikan.
Bagaimanakah Worldcoin dapat membantu mewujudkan bukti kemanusiaan?
World ID ialah protokol identiti terbuka dan tanpa kebenaran yang dibangunkan untuk membantu mewujudkan PoP pada skala global.
Penyumbang projek Worldcoin telah membangunkan peranti perkakasan canggih yang dipanggil Orb yang mengesahkan kemanusiaan dan keunikan menggunakan kod iris.
- Maklumat tambahan mengenai entropi iris dan hubungannya dengan PoP boleh didapati di sini
- Maklumat tambahan mengenai keselamatan data Worldcoin boleh didapati di sini
- Maklumat tambahan mengenai pematuhan peraturan Worldcoin boleh didapati di sini
Sebaik sahaja seseorang mengesahkan kemanusiaan mereka, mereka boleh menerima World ID yang telah disahkan sepenuhnya dalam dompet digital yang serasi. Antara yang pertama ialah World App, dibina oleh Tools for Humanity, namun lebih banyak lagi akan tersedia apabila projek ini berkembang.
World ID berfungsi sebagai "pasport" digital yang disimpan secara setempat di dalam telefon pemiliknya dan boleh digunakan untuk membuktikan secara peribadi bahawa mereka ialah manusia sebenar dan unik. Privasi ini dapat dicapai hasil penggunaan bukti pengetahuan sifar (ZKP) yang menghalang pihak ketiga daripada mengetahui kunci awam World ID seseorang atau menjejak mereka merentasi aplikasi. ZKP juga melindungi penggunaan World ID daripada dikaitkan dengan kod iris individu tersebut atau sebarang data yang digunakan dalam pembentukannya.
Lebih banyak sumber untuk memahami bukti kemanusiaan
Artikel berikut menyediakan maklumat lanjut tentang PoP serta pertimbangan penting lain yang berkaitan dengannya:
- Kemanusiaan dalam era AI
- Membuka Orb: Melihat ke dalam peranti pengimejan biometrik Worldcoin
- Pengenalan kepada ZKP, Semaphore dan World ID
Anda juga boleh mengikuti perkembangan dengan menyertai perbualan harian di Twitter/X, Telegram, Discord, YouTube dan LinkedIn atau dengan mendaftar untuk surat berita blog di bahagian bawah halaman ini.
Maklumat tambahan penting mengenai projek ini boleh didapati dalam kertas putih protokol Worldcoin.
Penafian
Kandungan di atas hanya terpakai setakat tarikh yang dinyatakan. Selain itu, kandungan ini tertakluk kepada risiko, ketidaktentuan dan andaian, dan oleh itu mungkin tidak tepat serta boleh berubah tanpa notis. Terma penafian penuh boleh didapati dalam Terma Penggunaan kami, dan Maklumat Penting Pengguna boleh didapati di halaman Risiko.
Sertai rangkaian manusia sebenar.
Dapatkan World AppArtikel berkaitan

Understanding World ·
Apa itu World? Soalan Lazim tentang Bukti Kemanusiaan, Privasi dan Rangkaian Manusia Sebenar

Understanding World ·
Policy ·
Manfaat ekonomi daripada bukti kemanusiaan

Understanding World ·
Soalan Lazim World ID

Understanding World ·