Jadi Rakan Kongsi sebagai Operator

Bantu memastikan setiap manusia mendapat manfaat daripada era AI.

Rakan Kongsi sebagai Operator

Rakan Kongsi sebagai Operator, atau ringkasnya Rakan Kongsi Operator, membantu membawa pengesahan Orb kepada komuniti mereka.

World sedang mencari organisasi yang mempunyai rangkaian premis fizikal yang meluas untuk menempatkan Orb Layan Diri.

Faedah

Mengapa menjadi Rakan Kongsi Operator?

Pendapatan

Terima ganjaran bagi setiap manusia unik yang membuat pengesahan di premis anda.

Kerja Berteraskan Misi

Sokong pertumbuhan rangkaian manusia sebenar untuk memastikan setiap manusia mendapat manfaat dalam era AI.

Kembangkan Asas Pelanggan Anda

Benarkan pengguna membelanjakan Worldcoin mereka untuk produk dan perkhidmatan anda melalui integrasi pembayaran yang mudah.

Dapatkan Perlindungan World ID

Terima sokongan untuk mengintegrasikan World ID dalam organisasi anda dan mengurangkan risiko deepfake serta aktiviti bot.

Pengalaman pengesahan Orb

Pengesahan Orb Layan Diri

A person using a smartphone to verify their identity with the Orb, displaying a verification screen that reads 'Verifying your humanity'.

Selepas memuat turun World App, pengguna akan mengunjungi Orb untuk mendapatkan bukti kemanusiaan mereka. Dalam masa 30 saat, Orb mengambil imej wajah dan mata pengguna untuk mengesahkan bahawa mereka adalah manusia yang unik. Selepas selesai, pengguna menerima World ID yang telah disahkan dan kekal mengawal sepenuhnya data peribadi mereka.

Keperluan rakan kongsi

  • Rangkaian premis fizikal yang luas dengan trafik pelanggan yang tinggi
  • Reputasi kukuh dan dipercayai
  • Pengalaman terbukti dalam meningkatkan skala operasi
  • Memiliki atau mempunyai kaitan dengan perniagaan setempat
  • Menyediakan pengalaman pelanggan yang berkualiti di premis anda
  • Komitmen terhadap misi World

Keperluan operasi

A person using a smartphone while interacting with an Orb for verification, in a modern setting.

Ruang

Sediakan 1 meter persegi ruang yang mudah dilihat dan diakses untuk penempatan Orb.

Kebolehpercayaan Operasi

Pastikan infrastruktur asas (bekalan kuasa dan internet) stabil dan waktu operasi sentiasa konsisten.

Pemantauan minimum diperlukan

Orb berfungsi sepenuhnya secara layan diri. Pastikan ia kekal selamat dan tersedia sepanjang waktu operasi perniagaan.

Komunikasi

Bekerjasama dengan rakan kongsi World yang berkaitan untuk pemeriksaan berkala atau mendapatkan sokongan apabila diperlukan.

Peranan rakan kongsi

  • Bina pelan strategik untuk melancarkan operasi di kawasan anda, termasuk potensi untuk bekerjasama dengan jenama tempatan yang terkenal bagi mewujudkan kepercayaan dari hari pertama.

  • Kenal pasti dan sediakan lokasi penempatan Orb, sebaik-baiknya dalam kedai atau rangkaian cawangan anda yang sedia ada.

  • Sediakan ramalan permintaan Orb bersama rakan kongsi World yang berkaitan, pandu proses peruntukan dan pastikan pengagihan yang berkesan di seluruh rangkaian lokasi anda.

  • Kekalkan integriti operasi yang tinggi dengan mematuhi rangka kerja yang menggariskan keperluan utama untuk penyampaian, keselamatan dan penggunaan Orb yang bertanggungjawab.

Sokongan

Di sini untuk membantu kejayaan anda

  • TFH ialah sebuah organisasi teknologi global yang diasaskan bersama oleh Alex Blania dan Sam Altman. Pasukannya menyumbang kepada operasi dan pertumbuhan World, serta sedia memberi sokongan kepada Rakan Kongsi Operator untuk berjaya.

  • TFH membekalkan Rakan Kongsi Operator dengan bahan latihan yang komprehensif untuk memastikan pasukan mereka bersedia sepenuhnya bagi melancarkan dan meningkatkan operasi dengan jayanya.

  • TFH menjalankan kempen peringkat nasional untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong penggunaan World.

  • TFH mengeluarkan dan membekalkan Orb berdasarkan ramalan Rakan Kongsi Operator, serta memenuhi pesanan bergantung pada daya maju komersial.

  • TFH menyediakan perkhidmatan pembaikan Orb untuk membantu Rakan Kongsi Operator kekal fokus pada operasi.

  • Rakan Kongsi Operator dibekalkan dengan data masa nyata tentang operasi melalui API untuk membolehkan pengurusan pada skala besar.

  • Rakan Kongsi Operator bertanggungjawab terhadap operasi tempatan mereka sendiri. TFH dan World Foundation bertanggungjawab terhadap teknologi World, termasuk perkakasan Orb dan sistem World ID.

Kisah kejayaan

Kajian Kes Thailand

A modern interior space featuring a circular structure, likely for biometric verification, surrounded by large windows and decorative plants. Two individuals stand nearby, with vibrant colored walls in the background.

Ruangan World di pusat membeli-belah serata Bangkok menyediakan akses kepada pengesahan Orb.

Digital advertisements featuring the World logo and colorful designs promoting World in Bangkok, aimed at increasing awareness and encouraging Thai citizens to get verified.

Pemasaran di sekitar Bangkok meningkatkan kesedaran tentang World dan mengajak rakyat Thailand untuk membuat pengesahan.

Multiple individuals interacting with the Orb at various locations in Thailand, showcasing experiences with biometric verification.

Pencipta kandungan di seluruh Thailand berkongsi pengalaman mereka ketika membuat pengesahan menggunakan Orb.

A collage of articles and news featuring the Orb and World, showcasing media coverage on AI and biometric verification technology.

Pelancaran disokong oleh liputan media nasional.

People engaging in verification activities at partner stores featuring the Orb. Scenes include users verifying with the Orb and browsing products in an interactive tech environment.

Lebih daripada 100,000 pengguna mengunjungi kedai rakan kongsi Thailand setiap minggu untuk membuat pengesahan dan membeli-belah.

Mulakan sekarang

Langkah 1

Nyatakan Minat Anda

Lengkapkan borang ringkas untuk berkongsi pengalaman dan motivasi anda.

Langkah 2

Bertemu dengan pasukan

Pasukan akan menilai permohonan anda dan menghubungi anda untuk menjadualkan pertemuan.

Langkah 3

Pengenalan (onboarding) dan latihan

Jika dipilih, pasukan anda akan dilatih tentang cara menyediakan Orb dan onboarding pengguna, termasuk protokol keselamatan data dan pelaporan.

Langkah 4

Lancarkan dan jalankan operasi

Mulakan pengesahan manusia dalam komuniti anda, dengan sokongan berterusan daripada pasukan operasi TFH.

Kekal berhubung