Siri Pengenalan & Penjelasan
Ketahui dengan lebih lanjut tentang prinsip panduan asas World, cara ia dilaksanakan, dan mengapa ianya diperlukan ketika AI berkembang pesat.
Memelihara anonimiti
Membuktikan bahawa anda seorang manusia yang unik secara dalam talian tidak sepatutnya bermakna anda perlu mengorbankan anonimiti anda. Dalam video ini, Ketua Pegawai Privasi TFH Damien Kieran menerangkan bagaimana teknologi peningkatan privasi digunakan untuk memastikan pemegang World ID kekal tanpa nama.
Face Auth
Face Auth ialah perbandingan wajah 1:1 secara peribadi untuk memastikan hanya individu yang telah mengesahkan World ID mereka di Orb sahaja boleh menggunakannya. Ketua AI TFH Chris Brendel membincangkan cara teknologi ini berfungsi dan perbezaan Deep Face milik World berbanding teknologi pengecaman wajah yang digunakan oleh organisasi lain.
Kepercayaan dalam interaksi dalam talian
Apabila AI semakin maju, keupayaannya meniru tingkah laku yang menimbulkan rasa percaya antara manusia berpotensi mengganggu interaksi dalam talian. Dalam video ini, Ketua Arkitek TFH Adrian Ludwig dan Ketua World ID Ajay Patel membincangkan cabaran ini serta bagaimana bukti kemanusiaan dapat membantu menanganinya.
Persetujuan, pendidikan dan maklumat
Pematuhan World terhadap peraturan perlindungan data di peringkat global bermula dengan program keselamatan dan privasi yang menyeluruh. Ketua Pegawai Privasi TFH Damien Kieran menerangkan beberapa cara bagaimana World memastikan ahli komuniti dimaklumkan tentang projek ini, hak mereka, serta cara untuk menghubungi pihak World.
Zero-knowledge proofs
Zero-knowledge proofs, atau bukti pengetahuan sifar (ZKP), ialah kaedah kriptografi untuk satu pihak (pembukti) membuktikan kepada pihak lain (pengesah) bahawa mereka memiliki pengetahuan tertentu tanpa mendedahkan maklumat asas tersebut. Ketua Arkitek TFH Adrian Ludwig menghuraikan teknologi penting ini dalam istilah mudah difahami dan menerangkan bagaimana ia digunakan untuk melindungi pemegang World ID.
AMPC
Anonymized Multi-Party Computation, atau AMPC, ialah bidang kriptografi yang menyulitkan maklumat sensitif kepada beberapa "bahagian rahsia" berbeza yang dipegang oleh pelbagai pihak yang dipercayai. Dengan cara ini, tiada mana-mana pihak mempunyai akses kepada maklumat sensitif tersebut. Dalam video ini, Ketua Arkitek TFH, Adrian Ludwig, menerangkan secara ringkas bagaimana AMPC berfungsi di World dan peranan pentingnya dalam melindungi data sensitif.
Penjagaan Peribadi
World komited terhadap reka bentuk berpusatkan pengguna yang membolehkan ketelusan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi (rujuk Kertas putih World untuk maklumat lanjut), dan Penjagaan Peribadi (Personal Custody) merupakan komponen utama dalam reka bentuk tersebut. Dalam video ini, Ketua AI TFH, Chris Brendel membincangkan bagaimana Penjagaan Peribadi berfungsi serta cara ia memberikan individu kawalan terhadap aliran dan pengurusan maklumat peribadi mereka.