Worldcoin

Token Universal World

WLD ialah Token natif untuk Rangkaian Manusia Sebenar.

Di lokasi yang disokong, World App membolehkan individu yang layak menuntut WLD serta menyertai rangkaian manusia sebenar yang kian berkembang.

World Coin

Apakah maknanya bagi anda

WLD boleh digunakan untuk menggerakkan serta mengambil bahagian dalam Aplikasi Mini, platform, protokol, perkhidmatan dan pelbagai lagi alatan lain yang dibina di atas World.

Perundangan

Kertas putih World

Reka Bentuk untuk Penskalaan — Bagaimana WLD memperkasa tadbir urus, identiti dan akses kewangan untuk setiap manusia yang disahkan.

Kemas Kini Worldcoin

Pandangan World

World ID baharu dan rakan kongsi yang membawa bukti kemanusiaan ke internet

Pandangan World

World ID untuk perniagaan: Zoom dan Docusign mengintegrasikan bukti kemanusiaan

Pandangan World

World ID untuk ejen: Browserbase, Exa, Okta, dan Vercel

Pandangan World

Memperkenalkan Concert Kit: mengembalikan semula tiket kepada peminat, bukannya bot

Soalan Lazim

Kontrak token WLD telah dilancarkan di rangkaian utama Ethereum, manakala token tersebut dijambatkan ke rangkaian Lapisan ke-2 World Chain. Walau bagaimanapun, World Foundation menjangkakan kebanyakan aktiviti token WLD akan berlaku di World Chain, iaitu lokasi di mana individu yang telah disahkan menerima jumlah token mereka. Tambahan pula World App berinteraksi secara utama dengan rangkaian World Chain. Faktor skalabiliti dan kos transaksi yang lebih rendah menjadi sebab utama mengapa World Chain dipilih berbanding Ethereum. Versi legasi WLD yang dijambatkan juga masih wujud di rangkaian Optimism.

Pengguna World App pada masa ini secara umumnya tidak perlu menanggung kos gas; di mana yuran gas untuk menuntut token WLD, melakukan pertukaran dan transaksi lain ditanggung oleh TFH buat masa ini. Pada masa hadapan, World App mungkin akan meminta pengguna membayar yuran gas untuk tindakan tertentu, contohnya untuk pemindahan yang dilakukan ke dompet lain. Apabila pengguna mengesahkan identiti mereka kepada aplikasi pihak ketiga melalui World ID, tiada yuran gas yang akan dikenakan pada protokol. Walau bagaimanapun, aplikasi pihak ketiga mungkin akan mengenakan yuran gas ( ini bergantung sama ada pengesahan dibuat secara on-chain atau off-chain) atau yuran-yuran lain. Sebagai contoh, apabila menggunakan ciri pertukaran dalam World App, pengguna akan membayar sebarang yuran yang dikenakan oleh platform pihak ketiga. Pengguna juga mungkin dikenakan yuran gas untuk transaksi yang tidak dilakukan melalui World App, dan ini bergantung kepada platform dan rangkaian yang digunakan.

Majoriti token Komuniti World disimpan dalam dompet sejuk (cold wallet). Selain itu, beberapa dompet panas (hot wallet) digunakan oleh World Foundation dan World Assets, Ltd. untuk mengurus operasi harian. Token biasanya disimpan dalam dompet panas hanya untuk tempoh yang singkat, dan dompet tersebut hanya menyimpan jumlah token yang diperlukan sahaja.

Kontrak Token WLD tidak boleh dinaik taraf. Tiada kawalan boleh dilakukan ke atas kontrak, kecuali untuk menetapkan alamat "minter" sekiranya komuniti memutuskan untuk mengaktifkan inflasi. Selama 15 tahun selepas pelancaran, tiada alamat yang boleh mencetak sebarang Token baharu. Selepas 15 tahun, alamat "minter" ( yang dikawal oleh tadbir urus protokol) boleh mencetak sehingga 1.5% Token WLD baharu setahun, dengan tadbir urus yang menentukan bagaimana token akan diagihkan.

World Foundation ialah sebuah syarikat yayasan jaminan terhad yang dikecualikan, yang diperbadankan di Kepulauan Cayman. Ia bersifat “tanpa ahli”, dan ini bermakna ia tidak mempunyai pemegang saham atau pemilik benefisial. Pejabat berdaftarnya terletak di Suite 3119, 9 Forum Lane, Camana Bay, George Town, Grand Cayman KY1-9006, Kepulauan Cayman. Tujuan utama World Foundation, seperti yang dinyatakan dalam Articles of Association, adalah untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan pihak yang membangunkan ekosistem World, menyokong serta memperkukuh desentralisasi teknologi dan tadbir urus World, memegang dan melesenkan harta intelek berkaitan World Network, serta menerima, menjual, memegang, meminjamkan, dan menggunakan aset bagi menyokong tujuan-tujuan tersebut.

World Assets, Ltd. ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin pada 7 Disember 2022 dengan nombor syarikat BVI 2113558. World Foundation merupakan satu-satunya ahli/pengarah World Assets, Ltd. World Assets, Ltd. bertanggungjawab untuk mengeluarkan 7.5 bilion token Worldcoin (WLD) yang telah diperuntukkan kepada komuniti World.

World Chain LLC ialah sebuah syarikat liabiliti terhad yang ditubuhkan di Kepulauan Cayman. World Foundation ialah satu-satunya ahli dan pengurusnya. World Chain LLC bertanggungjawab untuk pemilikan dan operasi infrastruktur World Chain.

Maklumat lanjut mengenai entiti-entiti ini, termasuk dokumentasi penggabungan dan komposisi ekuiti, boleh didapati di foundation.world.org/about.

Tools for Humanity (TFH) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Delaware dan beribu pejabat di San Francisco, California (AS), dengan anak syarikat milik penuh, Tools for Humanity GmbH yang berpangkalan di Jerman. Pejabat berdaftarnya terletak di CSC 251 Little Falls Drive, Wilmington, Delaware 19808. Syarikat ini didaftarkan pada 26 Jun 2019 dengan nombor entiti undang-undangnya adalah 7487684. TFH telah menyokong fasa pra-pelancaran World selama beberapa tahun, di mana ia membangunkan Orb, versi pertama protokol, serta World App, iaitu dompet pertama untuk World yang masih dikendalikan olehnya sehingga kini. TFH beroperasi secara bebas sepenuhnya daripada World Foundation. Ditubuhkan pada tahun 2019, TFH kini mempunyai kira-kira 500 orang kakitangan. Walau bagaimanapun, World ialah protokol terbuka yang boleh disumbangkan dan dibangunkan oleh sesiapa sahaja.