Ganjaran Perintis Pembangun meningkat kepada USD 100,000 seminggu apabila rangkaian World melepasi 500 Aplikasi Mini

3 Oktober 2025 Bacaan 2 Minit

Hampir setahun selepas Aplikasi Mini diperkenalkan buat pertama kali di 'A New World', para pembangun telah membina lebih daripada 500 Aplikasi Mini untuk 17,232,859 pengguna World App. Aplikasi ini merangkumi DeFi, seni, serta pelbagai jenis rangkaian sosial baharu. Aplikasi Mini ini ialah tempat di mana Bukti Kemanusiaan bertemu rangkaian manusia sebenar.

Dengan lebih daripada 2 juta bukaan harian dan lebih 100 juta WLD yang didagangkan dalam Aplikasi Mini, peluang untuk pembangun jelas tidak menunjukkan sebarang tanda akan berkurangan. Komuniti telah menganjurkan pertemuan pembangun dari Taiwan ke California hingga Argentina. Sebahagian pembangun Aplikasi Mini juga telah memperoleh modal untuk terus mengembangkan projek mereka.

Rahsia kejayaannya? Gabungan unik World App yang merangkumi capaian meluas, infrastruktur pembayaran yang lancar serta protokal asas Bukti Kemanusiaan.

Ganjaran Perintis Pembangun diperluas

Bagi melengkapi pertumbuhan berterusan rangkaian World, World Foundation meningkatkan jumlah Ganjaran Pembangun Apikasi Mini daripada USD 25,000 kepada USD 100,000 seminggu.

Mulai 29 September hingga 31 Disember 2025, pembangun akan diberi ganjaran berdasarkan penggunaan sebenar dan impak Aplikasi Mini mereka, melalui ganjaran yang lebih besar serta metrik yang lebih jelas. Matlamat insentif ini adalah untuk:

  • Memberikan sokongan segera kepada idea baharu supaya dapat dilaksanakan dengan cepat;
  • Menggalakkan produk sedia ada mencapai tahap penggunaan yang lebih konsisten dan berulang; dan
  • Mencipta papan skor bersama di mana pasukan dapat melihat perkara yang mendapat sambutan, belajar antara satu sama lain, dan menambah baik dengan lebih pantas.


Ketahui lebih lanjut dan mohon di sini.

Inkubator Aplikasi Mini: hasil daripada hackathon World Build 2

Bagi menyokong pertumbuhan dan kejayaan berterusan rangkaian World, World Build 2 – sebuah program global yang imersif untuk pengasas berwawasan membangunkan aplikasi canggih untuk World Network – kini sedang dijalankan.

Selepas lebih daripada 200 permohonan daripada lebih 30 bandar di seluruh dunia — dan hampir 70 penyerahan projek akhir — keputusannya telah diumumkan. Para pemenang akan berlepas ke Buenos Aires bagi menyertai sesi pembinaan intensif selama seminggu dan turut serta dalam program kohort maya yang berterusan, termasuk:

  • Fram3s: Koleksi video permainan Mini App yang membolehkan anda menyertai kempen, menghantar klip pendek, dan memperoleh ganjaran sambil membantu membina set data AI terdesentralisasi
  • Valor: Pasaran data alternatif setempat
  • Whole World Catalog: Katalog rujukan budaya yang disahkan oleh manusia, di mana pengguna boleh menyusun, menilai dan memperoleh ganjaran untuk memaparkan media yang paling menarik

Berminat untuk membina Aplikasi Mini?  Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk bermula di docs.world.org, akses faedah khas , dan sertai kami untuk membina bersama.