
Apakah Orb?
Orb adalah peranti perkakasan tersuai berteknologi tinggi untuk projek Worldcoin, yang direka bagi mengesahkan kemanusiaan dan keunikan secara selamat serta memelihara privasi. Ia dibangunkan oleh penyumbang Worldcoin, Tools for Humanity (TFH).
Apakah yang dilakukan oleh Orb?
Orb digunakan untuk mengesahkan World ID—iaitu sebuah pasport digital yang peribadi dan selamat, yang memberikan kuasa kepada jutaan individu untuk membuktikan mereka adalah manusia sebenar sewaktu berada dalam talian.
Ia melakukannya dengan terlebih dahulu menggunakan sensor khusus untuk memastikan individu yang berdiri di hadapannya adalah seorang manusia. Kemudian ia akan mengambil dan memproses beberapa imej iris untuk menghasilkan kod iris, iaitu sebuah perwakilan digital bagi tekstur iris mata. Kod iris digunakan untuk mengesahkan bahawa individu tersebut adalah unik dan belum pernah lagi mengesahkan World ID sebelum ini.
Semua maklumat akan sentiasa dipadamkan daripada Orb, termasuklah imej, di mana proses ini akan dilakukan sebaik sahaja maklumat yang berkenaan telah dihantar ke peranti individu tersebut.
- Belajar dengan lebih lanjut bagaimana kod iris dilindungi dengan selamat menggunakan sistem SMPC.
Adakah Orb mempunyai perlindungan privasi dan keselamatan?
Ya. Terdapat pelbagai ciri privasi dan keselamatan yang terbina dalam perkakasan Orb. Ia direka untuk memastikan tiada data boleh diakses oleh mereka yang tidak mempunyai kebenaran.
Ini termasuk dua kunci kriptografi unik yang dimaterai secara kekal ke dalam perkakasan Orb: satu disediakan ke CPU utama sebelum pembuatan dan satu lagi terletak dalam elemen selamat yang tidak boleh dieksport. Orb tidak akan beroperasi melainkan kedua-dua kunci adalah sah dan persekitarannya utuh, dan tiada kod boleh diproses pada Orb tanpa tandatangan kriptografi.
Perlindungan tambahan bagi perkakasan Orb dan keselamatan data backend termasuk:
- Penyulitan data asimetri pada Orb
- Pemprosesan data berasaskan RAM sahaja
- Penyulitan solid-state drive (SSD) ketika tidak digunakan ("at rest")
- Penyulitan data semasa transit dari Orb ke pelayan selamat
- Penggunaan pelayan AWS dan MongoDB berasaskan EU yang selamat untuk penyimpanan data kod iris
Senarai ini tidak menyeluruh. Ia bertujuan untuk menunjukkan betapa seriusnya tahap privasi dan keselamatan data yang diuruskan di Orb. Ciri keselamatan sentiasa dinilai dan dipertingkatkan oleh TFH untuk memastikan integriti Worldcoin.
- Baca dengan lanjut bahagian Pelaksanaan Teknikal dalam kertas putih Worldcoin.
- Belajar lebih lanjut tentang privasi Worldcoin.
- Belajar lebih lanjut tentang keselamatan data Worldcoin.
Adakah Orb diaudit untuk mengesahkan tuntutan privasi dan keselamatannya?
Ya. Audit berkala dilakukan oleh juruaudit pihak ketiga yang dipercayai untuk mengesahkan tuntutan privasi dan keselamatan Orb.
Baru-baru ini, TFH, bersama-sama dengan Worldcoin Foundation, bekerjasama dengan pakar keselamatan yang dihormati di Trail of Bits untuk menjalankan audit khusus terhadap perisian Orb.
Adakah perkakasan dan perisian Orb akan dijadikan sumber terbuka?
Ya. Banyak komponen teras perkakasan dan perisian Orb telah dijadikan sumber terbuka dan tersedia secara percuma di GitHub. Lebih banyak lagi akan dijadikan sebagai sumber terbuka pada masa hadapan.
- Akses repositori perkakasan sumber terbuka Orb.
- Akses repositori perisian sumber terbuka Orb.
Penafian
Kandungan di atas hanya merujuk setakat tarikh yang dinyatakan. Selain itu, ia tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian, maka ia mungkin tidak tepat dan boleh berubah tanpa notis. Penafian penuh boleh didapati dalam Terma Penggunaan dan Maklumat Penting Pengguna boleh didapati pada halaman Risiko.