World ID: Melindungi pengguna daripada bot AI yang membolot tiket dan perkhidmatan awam

19 Mac 2025 Bacaan 3 Minit

Masalah

Kita semakin bergantung pada sistem dalam talian untuk mengakses perkara yang kita mahu dan perlukan. Namun, sistem-sistem ini sering dibanjiri pelaku jahat yang menggunakan bot untuk menyingkirkan manusia daripada proses tersebut, termasuk menyelewengkan pasaran dan mewujudkan kekurangan buatan.

Bot seperti ini kini menjadi tajuk berita apabila peminat tidak dapat membeli tiket Taylor Swift atau pelanggan tidak dapat membuat tempahan restoran. Malah, ia sama mengecewakan bagi orang yang cuba menggunakan perkhidmatan kerajaan; misalnya di sesetengah tempat, bot telah menjadikan urusan mendapatkan pasport atau mengambil ujian memandu hampir mustahil. Lebih teruk lagi, agen AI yang canggih pada dasarnya adalah bot yang dipertingkatkan. Ini bermakna akses kepada barangan dan perkhidmatan akan menjadi semakin sukar bagi mereka yang mempunyai sumber kewangan atau teknologi yang terhad.

Peningkatan inovasi teknikal tanpa perlindungan pengguna yang sewajarnya akan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap pasaran dan sistem kerajaan. Apabila sistem tidak berfungsi seperti yang diharapkan, pengguna akan terpinggir dan tidak dapat mengakses perkhidmatan asas. Sudah tiba masanya untuk kita mendahului bot. Tetapi bagaimana?

"Pada tahun 2024, automasi di tapak penjualan tiket melonjak ke 86.5% daripada keseluruhan trafik, dengan bot jahat menyumbang sepertiga daripada jumlah itu." - Imperva

Ketidakcukupan dalam penyelesaian semasa  

Bot tiket dan temu janji menimbulkan masalah kepada perniagaan dan kerajaan, yang bukan sahaja perlu menangani pengguna yang marah tetapi juga menggubal dasar 'whack-a-mole' untuk menangkis penceroboh AI. 

Masalahnya yang dihadapi kini adalah kesukaran untuk membangunkan sistem yang boleh membezakan manusia sebenar daripada bot. Buat masa ini, jurutera perlu melaksanakan kaedah seperti CAPTCHA dan pengesahan ID kerajaan. Langkah-langkah ini boleh menambah geseran dan/atau kos kepada pengundi serta pengguna, yang kian berasa kecewa. Ia juga menambah liabiliti kepada kerajaan dan perniagaan, sebagai pihak yang wajib memastikan data kekal selamat. Lebih membimbangkan, pendekatan di atas cepat menjadi tidak berkesan apabila AI semakin mahir menavigasi laman, mematahkan CAPTCHA dan menghasilkan ID palsu yang amat canggih.

Ringkasnya, geseran cenderung untuk lebih banyak menyusahkan manusia sebenar, tetapi hampir tidak dapat membendung penyalahgunaan berasaskan AI. Ada penyelesaian yang lebih baik — iaitu sesuatu yang dapat melindungi privasi individu dan boleh diakses di seluruh dunia.

Penyelesaiannya: Hanya manusia sebenar

World ID adalah berasaskan idea ringkas tentang Bukti Kemanusiaan: Ia membolehkan orang ramai membuktikan secara tanpa nama dan selamat bahawa mereka adalah manusia sebenar yang unik dalam talian.

Laman web tiket dan portal kerajaan boleh mengintegrasikan World ID ke dalam aplikasi tempahan mereka sama ada pada daftar masuk atau daftar keluar untuk mencegah bot daripada membeli tiket atau menempah temu janji. Tidak perlu mengisi borang yang kompleks atau menghantar ID kerajaan anda. 

World ID bukan satu lagi sistem pengesahan yang rumit. Daftar masuk bertapis yang kelihatan semudah Sign in with Google atau Sign in with Apple, tetapi ia tahan penipuan. Tidak seperti akaun e-mel yang mudah dicipta atau dipalsukan, manusia hanya akan menerima satu World ID yang disahkan. Ini bermakna seorang individu tidak boleh membeli tiket secara pukal atau mendapatkan berbilang tempahan.

Mengintegrasikan World ID semasa pembayaran bukan sahaja dapat menyingkirkan bot malah mampu memulihkan keadilan dengan menghalang individu daripada mendapatkan lokasi berbeza pada masa yang sama (dengan niat jelas untuk menjual semula) atau membuat berbilang tempahan untuk perkhidmatan yang sama.

Dengan World ID, seseorang masih boleh menjual semula atau memindahkan tiket, tetapi - kerana World ID yang telah disahkan sukar untuk dipindahkan - mereka hanya boleh membeli tiket sebanyak orang lain. Dengan cara ini, peminat sebenar dapat membeli tiket terlebih dahulu. 

Dengan melaksanakan World ID dalam sistem ini, ia menjamin:

  • Akses yang lebih adil kepada perkhidmatan awam: Warganegara boleh menempah temu janji tanpa orang tengah yang mengeksploitasi sistem.
  • Pengurangan eksploitasi pengguna: Tiket untuk konsert, sukan dan acara budaya kekal boleh diakses pada harga asalnya.
  • Kepercayaan terhadap institusi dapat dipulihkan: Kerajaan dan perniaga memperoleh kembali kredibiliti dengan memastikan akses yang sama untuk semua.
  • Kurang risiko terhadap data peribadi: Oleh sebab kerajaan dan perniaga tidak perlu mengumpul data peribadi bagi setiap transaksi, risiko data peribadi dieksploitasi adalah lebih rendah. 
  • Penyelesaian yang boleh diskalakan dan tahan terhadap AI: Berbeza dengan CAPTCHA tradisional atau pengesahan berasaskan dokumen yang mudah dipintas, World ID menyediakan kaedah pengesahan yang lebih teguh dan berasaskan manusia.

Dengan World ID, setiap rakyat akan mendapat akses yang adil kepada perkhidmatan, pengguna mengalami kurang halangan, dan penyedia perkhidmatan dapat berurusan dengan manusia sebenar.

Masa untuk temu janji anda.

Penafian

Kandungan di atas hanya merujuk setakat tarikh yang dinyatakan. Selain itu, ia tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian, maka ia mungkin tidak tepat dan boleh berubah tanpa notis. Penafian penuh boleh didapati dalam Terma Penggunaan dan Maklumat Penting Pengguna boleh didapati pada halaman Risiko.