
Garis yang memisahkan antara kandungan ciptaan manusia dan kecerdasan buatan menjadi semakin menipis setiap hari. Apa yang dahulunya pernah menjadi imaginasi dalam sains fiksyen kini telah menyusup ke dalam dunia nyata kita: AI berupaya menjana imej, suara,dan video yang sangat meyakinkan sehingga sukar untuk membezakan interaksi yang benar-benar berasal dari manusia dan yang direka oleh mesin.
Keupayaan untuk mengesahkan identiti manusia kini menjadi satu keperluan mendesak, bukan lagi sekadar wacana falsafah. Sama ada kita bermain dalam talian, mencari pasangan melalui aplikasi temu janji, atau menguruskan kewangan, kita perlu tahu dengan siapa kita berinteraksi. World memberikan kepastian ini melalui teknologi mudah yang dapat mengesahkan anda adalah manusia sebenar sambil memastikan maklumat peribadi anda selamat dan menjadikan pilihan digital anda milik anda sendiri.
World Network
Sebuah rancangan yang mudah telah membentuk perjalanan World dari konsep ke realiti — sesuatu yang terus memandu setiap aspek kerja kami:
- Pembinaan asas: Mewujudkan satu sistem bukti kemanusiaan yang boleh diskala dan melindungi privasi, serta mampu menahan sistem AI yang paling maju sekali pun
- Pelancaran rangkaian: Memanfaatkan sistem ini untuk memperkenalkan token digital, mengedarkan pemilikan secara meluas dan menggunakannya sebagai mekanisme permulaan untuk mencapai 'critical mass'
- Capai utiliti: Capai skala kritikal yang diperlukan agar rangkaian dapat membangunkan utiliti sebenar dan membentuk kesan jaringan yang berterusan
- Desentralisasi: Mengalihkan fokus kami ke arah mendesentralisasi keseluruhan infrastruktur untuk memastikan tiada satu pun titik kegagalan
- Capai skala global: Mengembangkan rangkaian kepada berbilion pengguna di seluruh dunia, sambil membawa faedah rangkaian yang berpusatkan manusia dan AI kepada semua, di mana sahaja
Visi ini sedang menjadi kenyataan. Dalam tempoh enam bulan yang lepas, kami hampir menggandakan rangkaian kepada 26 juta pengguna dengan 12 juta manusia yang disahkan di seluruh dunia. Apa yang memacu pertumbuhan ini adalah keperluan asas manusia untuk diakui sebagai manusia, keupayaan untuk berinteraksi dengan yakin, dan mengekalkan kawalan terhadap identiti digital mereka. World menyediakan perkara-perkara ini: iaitu sebuah rangkaian di mana hubungan manusia kekal autentik, privasi dilindungi melalui reka bentuk, dan teknologi yang berkhidmat untuk manusia.
Pelancaran di Amerika Syarikat dan Perkembangan Global
Sehingga kini, sesuatu yang signifikan telah hilang dari gambaran global kita: Amerika Syarikat. Pada 1 Mei, World dan semua perkhidmatan berkaitan akan tersedia di Amerika — pusat inovasi AI. Pelancaran ini membuka pengalaman lengkap World kepada rakyat Amerika: World ID yang disahkan, akses token Worldcoin (WLD), dan ekosistem aplikasi kami yang semakin berkembang dibina di atas asas pengesahan manusia.
Tetapi pengumuman hari ini melangkaui Amerika Syarikat dan meliputi keseluruhan ekosistem kami: teknologi Orb generasi seterusnya, kerjasama World ID yang inovatif, perkembangan Worldcoin untuk kelestarian, dan World App 4.0. Setiap kemajuan mencerminkan misi teras kami: iaitu dalam membina teknologi yang dapat membezakan manusia daripada AI dalam era di mana perbezaan itu menjadi semakin vital.
Cabaran Bukti Kemanusiaan
Salah satu cabaran utama dalam sains komputer ialah ujian Turing — yang menentukan sama ada kita boleh membezakan antara manusia dan mesin apabila berada dalam talian. Selama berdekad lamanya, ini kelihatan hanyalah seperti sebuah kebimbangan terhadap sebuah teori yang jauh dari realiti. Tetapi, di antara tempoh antara pelancaran ChatGPT sehinggalah ke hari ini, kita jelas telah melepasi ambang ini. Kini, sistem AI berupaya mencipta imej yang meyakinkan, menjana suara yang realistik, dan menghasilkan video yang sukar untuk dibezakan daripada realiti.
Apabila teknologi ini menjadi lebih canggih, kita memerlukan pendekatan baru: cara yang boleh dipercayai untuk mengesahkan keunikan manusia dalam landskap digital yang semakin sintetik. Kami telah meneroka banyak penyelesaian yang berpotensi seperti — menggunakan kamera telefon pintar yang sedia ada, infrastruktur ID kerajaan, akaun dalam talian yang telah wujud — dengan harapan dapat mengelakkan dari membina perkakasan tersuai. Setiap pendekatan tampak seperti memberi harapan sehinggalah diuji dengan keperluan teras kami: kebolehcapaian global, inklusiviti sejati, dan perlindungan privasi asas.
Selepas penerokaan yang meluas, kami telah mencapai kesimpulan yang tidak dapat dielakkan iaitu: kami nampaknya perlu membina peranti pengesahan kami sendiri. Maka lahirlah Orb berdasarkan keperluan ini — sebuah sistem yang dibina dengan tujuan untuk memberikan kita kawalan penuh ke atas proses pengesahan sambil mewujudkan rangkaian bukti kemanusiaan global yang benar-benar boleh dipercayai.
Evolusi Orb
Generasi terbaru Orb yang dikuasakan oleh pemproses NVIDIA Jetson yang beroperasi menggunakan model AI canggih dengan sensor cahaya nampak dan inframerah — kini telah memasuki fasa pembuatan. Ini menandakan satu pencapaian pengilangan yang signifikan apabila kami memulakan pemasangannya di Richardson, Texas, yang membolehkan kami meningkatkan teknologi pengesahan di seluruh Amerika dengan kelajuan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Kami sangat bercita-cita tinggi dalam rancangan penempatan kami, iaitu memasang 7500 Orb di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 12 bulan. Jumlah ini mewakili peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding penempatan global kami sekarang.
Kami telah merombak sepenuhnya pengalaman pengesahan dengan memperkenalkan aliran layan diri baharu kami. Sistem ini menyesuaikan diri secara dinamik dengan setiap individu, mengesan ketinggian, menyediakan panduan intuitif apabila diperlukan (seperti mengingatkan anda untuk menanggalkan cermin mata), dan memastikan keselamatan data sepanjang masa. Sebaik sahaja pengesahan selesai, data anda akan dipindahkan dengan selamat ke peranti anda sambil ianya akan dipadamkan secara kekal dari Orb.
Pengumuman paling revolusioner kami ialah berkenaan Orb Mini, peranti pengesahan yang benar-benar mudah alih. Sistem yang padat ini meletakkan teknologi pengesahan terus di tangan orang ramai, membolehkan kami meningkatkan penskalaan sebanyak sepuluh kali ganda dan membawa pengesahan kepada berbilion orang di seluruh dunia. Kami juga sedang membangunkan modul yang boleh diintegrasikan terus oleh pengeluar lain ke dalam produk mereka sendiri, sekali gus memperluaskan aksesibiliti.
Sepanjang evolusi bermula dari prototaip awal kami sehinggalah kepada peranti canggih yang dapat dilihat hari ini, misi teras kami tetap tidak berubah: mencipta teknologi pengesahan yang dapat berfungsi dengan mudah dan berkesan untuk semua orang, tanpa mengira siapa mereka atau di mana mereka tinggal.
World ID: Menjadikan Bukti Kemanusian Berguna
Sejak permulaan projek ini, kami telah mengenal pasti tiga bidang utama di mana bukti kemanusian adalah paling penting: permainan, dating, dan rangkaian sosial. Sektor-sektor ini menghadapi cabaran yang semakin mendesak apabila AI berkembang, masing-masing memerlukan pendekatan unik untuk pengesahan manusia.
Kaedah pengesahan tradisional seperti nombor telefon atau ujian CAPTCHA tidak lagi dapat memenuhi cabaran ini. World ID menawarkan penyelesaian yang memelihara privasi, mengesahkan keunikan manusia tanpa menjejaskan data peribadi. Ini mengembalikan keaslian kepada pengalaman digital di mana ia amat diperlukan.
Kerjasama kami dalam permainan dan dating menunjukkan bagaimana World ID boleh diintegrasikan ke dalam platform sedia ada untuk memulihkan kepercayaan dan keaslian. Walaupun rangkaian sosial merupakan fokus utama kami yang ketiga, kami masih membangunkan perkongsian dalam ruang ini untuk menangani penyebaran kandungan sintetik yang mengancam interaksi bermakna.
Permainan: Memelihara Permainan Yang Adil dalam Dunia AI
Permainan dalam talian kini berada di titik perubahan yang kritikal. Pada masa lalu, bot AI digunakan untuk tujuan yang berguna, seperti menjadi lawan latihan untuk pemain baharu dan mengisi slot kosong dalam perlawanan berbilang pemain. Jika anda pandai dalam satu-satu permainan, bot-bot itu berguna kerana anda boleh berlatih melawan mereka.
Tetapi dinamik ini berubah dengan pantas. Sistem AI hari ini sedang menutup jurang kemahiran dengan pemain manusia, dan sistem masa depan akan mengatasi pemain profesional dalam hampir setiap permainan kompetitif.
Apabila pencapaian sebenar tidak lagi dapat dibezakan daripada prestasi tiruan, keseluruhan pengalaman persaingan akan terhakis. Persoalan yang kini timbul: mengapakah kita perlu membina kemahiran dalam permainan jika AI boleh melaksanakan setiap tugas dengan lebih baik berbanding pemain yang paling komited sekalipun?
Kerjasama kami dengan Razer menangani cabaran ini dengan membawa pengesahan manusia terus ke dalam ekosistem permainan melalui tiga inisiatif utama:
- Penyepaduan World ID dengan Razer ID, mewujudkan standard untuk identiti permainan manusia yang telah disahkan yang berfungsi merentasi pelbagai platform dan permainan
- Pemasangan Orb di lokasi-lokasi RazerStore di seluruh Amerika Syarikat, memudahkan proses pengesahan untuk pemain yang sudah berkumpul di sana
- Penciptaan siri kejohanan "League of Humans", di mana semua peserta adalah manusia yang disahkan, memastikan persaingan yang adil dalam persekitaran yang bebas daripada penyertaan AI
Inisiatif-inisiatif ini membantu mengekalkan permainan sebagai domain khusus buat manusia, di mana kemahiran, kreativiti, dan persaingan kekal bermakna walaupun keupayaan AI semakin canggih.
Janji Temu: Memastikan Hubungan Autentik
Janji temu adalah aplikasi yang paling sesuai untuk pengesahan manusia, kerana tujuan utamanya adalah untuk berhubung dengan individu sebenar. Apabila pengguna tidak dapat memastikan sama ada mereka berinteraksi dengan manusia sebenar, premis asas platform janji temu akan musnah sepenuhnya.
Kerjasama kami dengan Match Group menangani cabaran ini secara langsung. Sebagai salah satu syarikat temu janji terbesar di dunia, mereka sangat komited untuk menjadikan aplikasi mereka platform terbaik dan paling selamat untuk bertemu orang baharu. Kepercayaan dan kesahihan merupakan keutamaan mereka.
Bermula dengan Tinder di Jepun, kami memperkenalkan aliran pengesahan mudah yang membolehkan individu membuat pengesahan dengan World ID. Ia menghantar maklumat yang melindungi privasi yang dapat mengesahkan kemanusiaan pengguna tanpa menjejaskan data peribadi. Pengguna akan melihat penunjuk visual yang menunjukkan bahawa mereka sedang berinteraksi dengan manusia yang telah disahkan, dan seterusnya mewujudkan satu lapisan kepercayaan tambahan dalam platform.
Pengesahan ini menambah elemen keyakinan yang penting dalam persekitaran di mana hubungan autentik menjadi matlamat keseluruhan. Apabila kerjasama kami berkembang kelak, kami akan meneroka pilihan pengesahan tambahan dalam portfolio perkhidmatan temu janji Match Group.
Worldcoin — Kelestarian dan Desentralisasi
Sejak dari awal, kami merancang World sebagai protokol terbuka dan bukannya sistem tertutup. Sebabnya jelas: pengesahan bukti kemanusiaan terlalu penting untuk dikawal oleh mana-mana entiti tunggal, termasuk kami sendiri.
Worldcoin telah menjadi asas kepada visi ini sejak hari pertama. Pada mulanya, ia berfungsi sebagai mekanisme 'bootstrapping', iaitu langkah pemula yang membantu membesarkan rangkaian kepada lebih daripada 12 juta manusia yang disahkan dan 26 juta akaun di seluruh dunia. Tetapi tujuannya melampaui pertumbuhan awal.
Ketika kami memasuki fasa kedua yang penting dalam perjalanan kami, kami fokus untuk menubuhkan infrastruktur mampan. Bagi mana-mana protokol untuk berjaya pada skala global, ia mesti menginspirasi kepercayaan sejagat. Ini bermakna tiga perkara: teknologi yang sepenuhnya sumber terbuka supaya sesiapa sahaja boleh menelitinya, tadbir urus yang tidak dikawal oleh mana-mana entiti tunggal, dan seni bina yang menjadikannya mustahil bagi sesiapa untuk sekadar "mematikan" rangkaian.
Worldcoin membolehkan kemampanan ini: melalui struktur yuran yang telus yang mencipta nilai untuk semua peserta. Syarikat-syarikat sudah membelanjakan ratusan juta untuk memerangi bot dan mewujudkan persekitaran yang hanya untuk manusia. Dengan mengarahkan semula pelaburan ini melalui yuran World ID, kita mewujudkan ekosistem seimbang di mana aplikasi mendapatkan nilai daripada pengesahan manusia, sementara penyedia infrastruktur membina perniagaan yang mampan.
Peralihan kami kepada desentralisasi sepenuhnya mengikuti peta jalan yang tepat. Menjelang akhir tahun 2026, kami menjangka mencapai peringkat akhir — mewujudkan ekosistem di mana tiada satu pun organisasi, termasuk organisasi kami, dapat mengawal atau menghentikan rangkaian.
Dengan asas ini, kami kini membawa Worldcoin ke tempat di mana perjalanan kami bermula. Bermula hari ini, Worldcoin tersedia di Amerika Syarikat. Untuk meraikan kepulangan ini dan mengiktiraf penyokong awal kami, World Foundation memperkenalkan Pioneer Grant — 150 WLD untuk pengguna AS yang memuat turun World App sebelum pengumuman hari ini.
World App 4.0: Aplikasi Super untuk Manusia dalam Era AI
World App 4.0 telah memberi bayangan terhadap apa yang dapat dihasilkan oleh teknologi apabila direka untuk manusia terlebih dahulu. Kami telah mengubah setiap aspek pengalaman untuk mencipta satu platform di mana identiti anda yang disahkan, alat kewangan, dan hubungan sosial bekerja dengan lancar bersama — dibina khusus untuk menavigasi era AI.
Ekosistem Aplikasi Mini
Platform Aplikasi Mini telah menunjukkan tarikan luar biasa, dengan jumlah pengguna yang berinteraksi telah melangkaui lebih daripada setengah bilion kali sejak kali pertama ianya dilancarkan. Aplikasi Mini menggabungkan pengesahan manusia dengan alat kewangan untuk mencipta pengalaman yang mana sebelum ini adalah mustahil — semuanya dapat diakses dalam World App.
Kami telah mereka bentuk semula ekosistem Aplikasi Mini agar lebih intuitif, dengan navigasi yang ditambah baik merentasi kategori Aplikasi, Permainan, dan Coins. Antaramuka terkini termasuk widget yang memaparkan maklumat paling relevan anda, memudahkan penerokaan dan penemuan aplikasi baharu.
Kalshi Mini App menyerlahkan potensi ini. Dilancarkan hari ini untuk pengguna di Amerika Syarikat, ia membawa ramalan pasaran yang dikawal selia secara langsung ke dalam World App melalui integrasi Zero Hash. Ini membenarkan pengguna untuk mengambil bahagian dalam pasaran ramalan menggunakan Worldcoin mereka, mewujudkan sambungan lancar antara identiti digital dan penglibatan kewangan.
Sembang Dunia
Apa yang bermula sebagai eksperimen Aplikasi Mini telah menjadi begitu popular sehingga kami telah mengintegrasikannya sebagai ciri teras World App 4.0. World Chat atau Sembang World menyediakan pemesejan disulitkan yang memberikan perbezaan penting untuk menangani kebimbangan asas dalam era AI: anda kini boleh melihat secara serta-merta sama ada pasangan perbualan anda adalah manusia yang disahkan.
Sembang World merapatkan komunikasi dan kewangan, membolehkan anda melampirkan wang sebagai mesej, semudah anda melampirkan foto atau mesej suara. Ini mewujudkan persekitaran lancar di mana perbualan dan transaksi mengalir secara semulajadi, semuanya dalam ruang di mana identiti manusia disahkan dan dilindungi.
Infrastruktur Kewangan Yang Dipertingkatkan
Rangkaian pembayaran kami telah berkembang pesat dan telah memproses lebih daripada 350 juta transaksi — iaitu dua kali ganda lebih dari jumlah 150 juta yang telah dicapai dalam masa enam bulan sahaja. Dompet yang direka semula ini mencipta pengalaman yang lancar dengan navigasi intuitif dan ciri-ciri yang kuat:
- Hab Mata Wang Global: Kerjasama dengan Circle membolehkan kami membawa stablecoin yang dipercayai ke platform, untuk menjayakan kewangan tanpa sempadan dengan mata wang digital paling dihormati di dunia.
- Keupayaan Rentas Sempadan: Hantar wang serta merta kepada rakan dan keluarga di mana sahaja tanpa yuran — satu penyelesaian transformatif untuk pemindahan antarabangsa yang secara tradisinya melibatkan kos tinggi dan kelewatan.
- Integrasi DeFi: Aplikasi Mini Morpho baharu membawa perkhidmatan kewangan canggih terus ke dalam dompet anda, membolehkan anda membuat pinjaman dengan cagaran aset sedia ada sambil mengekalkan kawalan penuh.
Pendekatan komprehensif terhadap infrastruktur kewangan ini menggabungkan yang terbaik dari kewangan tradisional dengan keupayaan inovatif aset digital, menghasilkan sistem kewangan lengkap yang sesuai untuk era AI.
Stripe + World
Visi kami untuk transaksi kewangan lancar melangkaui dompet itu sendiri. Melalui kerjasama kami dengan Stripe, pengguna World App tidak lama lagi akan dapat membayar secara langsung di laman web dan aplikasi yang diaktifkan oleh Stripe dengan hanya satu ketikan.
World Card
Bahagian akhir ekosistem kewangan kami hadir melalui kerjasama kami dengan Visa. World Card bersambung terus ke dompet World App anda, membolehkan perbelanjaan aset digital di lebih 150 juta peniaga di seluruh dunia. Jambatan yang menghubungkan perdagangan tradisional dan aset digital ini mencerminkan visi kami terhadap kewangan dalam era AI.
Laluan ke Hadapan
Kami telah melancarkan perkhidmatan di AS pada 1 Mei di enam hab inovasi utama: Union Square di San Francisco, Los Angeles, Miami, Atlanta, Austin, dan Nashville. Kami akan menyusul dengan pelancaran di Seattle, Las Vegas, San Diego, dan Orlando tidak lama lagi. Lokasi-lokasi ini hanyalah permulaan kepada rancangan yang jauh lebih besar. Penskalaan sebenar dalam Visi kami akan menjadi kenyataan dengan penempatan 7500 Orb di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.
Pengembangan ini datang pada saat penting dalam evolusi teknologi kami. Tatkala AI mengubah landskap digital, World menawarkan cara untuk memelihara identiti dan agensi manusia dalam persekitaran yang semakin sintetik. Setiap pengumuman hari ini, dari Orb Mini ke perkongsian kami dengan Razer dan Match Group ke World App 4.0, mempunyai tujuan yang sama: memastikan teknologi kekal sebagai alat yang memperkasakan dan bukannya menggantikan hubungan manusia.
Dalam era di mana membuktikan kemanusiaan kita menjadi satu cabaran dan keperluan, kami mencipta infrastruktur yang mengiktiraf nilai pengalaman manusia yang tidak dapat digantikan. Kami menjemput anda untuk menyertai pergerakan ini — muat turun World App, lawati sebuah Orb untuk pengesahan, atau bina dalam ekosistem kami.
Kelayakan untuk token Worldcoin (WLD) adalah terhad berdasarkan geografi, umur, dan faktor lain. WLD tidak tersedia untuk pengedaran melalui World App kepada individu, syarikat, atau organisasi yang merupakan penduduk, atau yang terletak atau diperbadankan di New York atau wilayah terhad lain. World Assets, Ltd. dan World Foundation tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan WLD pada platform pihak ketiga, seperti pertukaran berpusat atau desentralisasi. Untuk butiran lanjut, sila pergi ke: https://world.org/legal/user-terms-and-conditions. Produk Kripto boleh menjadi sangat berisiko. Maklumat Penting Pengguna boleh didapati di https://world.org/risks.
Kandungan di atas hanya sah pada tarikh yang dinyatakan. Di samping itu, ia tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian, dan oleh itu, ia ada kemungkinan untuk menjadi tidak tepat dan mungkin berubah tanpa notis. Penafian penuh boleh didapati dalam Terma Penggunaan kami dan Maklumat Pengguna Penting boleh didapati di halaman Risiko kami.
Penafian
Kelayakan untuk token Worldcoin (WLD) adalah terhad berdasarkan geografi, umur, dan faktor lain. WLD tidak tersedia untuk pengedaran melalui World App kepada individu, syarikat, atau organisasi yang merupakan penduduk, atau yang terletak atau diperbadankan di New York atau wilayah terhad lain. World Assets, Ltd. dan World Foundation tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan WLD pada platform pihak ketiga, seperti pertukaran berpusat atau desentralisasi. Untuk butiran lanjut, sila pergi ke: https://world.org/legal/user-terms-and-conditions. Produk Kripto boleh menjadi sangat berisiko. Maklumat Penting Pengguna boleh didapati di https://world.org/risks.