17/04/2026 Bacaan 5 Minit

World ID untuk perniagaan: Zoom dan Docusign mengintegrasikan bukti kemanusiaan

 Zoom & Docusign: World ID untuk Perniagaan | World

Alatan yang kita gunakan dalam kehidupan harian, daripada mesyuarat Zoom hinggalah kepada perjanjian DocuSign, serta organisasi di sebaliknya kini semakin menyedari kepentingan bukti kemanusiaan dalam dunia yang dikuasakan oleh agen. Dengan World ID baharu, protokol ini telah memenuhi keperluan untuk pelaksanaan di peringkat perusahaan, dengan ciri seperti kebolehskalaan, sokongan berbilang kunci, putaran kunci, pemulihan, serta pengurusan sesi. Ia juga memperkenalkan satu elemen yang sebelum ini tidak terdapat dalam rangka keselamatan perusahaan, iaitu kesinambungan manusia dengan tahap jaminan yang tinggi.

World - Lift Off - Logo institusi

Mengapa Bukti Kemanusiaan penting untuk perniagaan

Organisasi telahpun melabur dengan banyak dalam infrastruktur keselamatan: misalnya seperti perlindungan titik akhir, seni bina 'zero trust', pintu masuk emel dan pengesahan pelbagai faktor. Sistem-sistem ini berkesan dalam mengesahkan kelayakan dan memantau tingkah laku. Namun begitu, sistem ini kurang berupaya menjawab satu persoalan yang lebih asas: adakah individu di sebalik interaksi ini benar-benar manusia sebenar dan unik seperti yang didakwanya?

Model kepercayaan yang ada hari ini dibina berasaskan kesinambungan peranti — iaitu sesuatu yang anda miliki dan sesuatu yang anda tahu. Contohnya, kelayakan bersama kata laluan, atau kunci perkakasan bersama PIN. Sistem mempercayai peranti tersebut dan mengandaikan bahawa manusia sebenar berada di sebaliknya.

Andaian tersebut merupakan titik paling lemah, dan kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) menjadikannya semakin rapuh.

Serangan pancingan data, kecurian kelayakan, kejuruteraan sosial, serta rampasan sesi merupakan antara vektor serangan utama terhadap perusahaan masa kini—semuanya mengeksploitasi kelemahan yang sama iaitu: sistem hanya mengesahkan peranti, bukan identiti manusia di sebaliknya.

World ID mengubah perkara ini. Kesinambungan peranti kini digantikan dengan kesinambungan manusia. Manusia yang diberi kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan adalah individu yang sama yang mengesahkannya – bukan sekadar peranti atau kelayakan mereka, tetapi diri mereka sendiri.

Jaminan ini hadir tanpa pendedahan data peribadi: pihak yang berkepentingan hanya "mengetahui" apa yang perlu diketahui: seorang manusia unik dan sebenar berada di sini.

World ID: dibina untuk perniagaan

World ID baharu menjadikan kesinambungan manusia lebih praktikal pada skala perusahaan.

Sokongan berbilang kunci serta seni bina berasaskan akaun menjadikan World ID tidak lagi terikat pada satu peranti atau aplikasi sahaja. Ini memberikan pasukan keselamatan dan IT tahap kebolehkendalian serta kebebasan vendor yang lazimnya diharapkan daripada infrastruktur pengeluaran. Putaran kunci (key rotation) membolehkan organisasi bertindak balas terhadap kompromi keselamatan tanpa menjejaskan akses, manakala mekanisme pemulihan memastikan operasi masih dapat diteruskan walaupun dalam senario terburuk. Di samping itu, pengurusan sesi membolehkan pihak yang berkepentingan mengesahkan bahawa terdapat kehadiran manusia yang sama di sepanjang interaksi, yang bertindak sebagai asas kepada kesinambungan identiti manusia secara praktikal.

Kesemua ini beroperasi berasaskan prinsip “tiada data, tiada masalah”. Bukti World ID tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi. Tiada pangkalan data bagi rekod pengguna atau maklumat peribadi untuk dicuri oleh penyerang, tiada liabiliti data yang perlu diurus oleh perusahaan, dan tiada infrastruktur pemantauan yang perlu diselenggara.

Integrasi adalah mudah melalui IDKit, yang menyediakan komponen asas kepada pembangun untuk mengintegrasikan bukti kemanusiaan ke dalam sistem pengeluaran.

Zoom: perlindungan deepfake dalam masa nyata untuk mesyuarat

Zoom

Kebanyakan pendekatan yang digunakan untuk melindungi daripada deepfake berfungsi dengan menganalisis bingkai video dan cuba mengesan suapan video palsu. Apabila keupayaan model bertambah baik, ini menjadi ibarat perlumbaan senjata yang memerlukan pihak pertahanan sentiasa mendahului. Apabila pengesanan bertambah baik, begitu juga dengan sintesis. Dan cukup hanya satu isyarat terlepas, ini boleh menyebabkan kesan yang besar.

World ID mengambil pendekatan yang benar-benar berbeza. Daripada hanya cuba mengesan sama ada sesuatu siaran video itu palsu, Deep Face dalam World ID membolehkan anda mengesahkan bahawa individu yang anda sedang berkomunikasi adalah manusia sebenar, bukannya deepfake. Manakala, pihak satu lagi pula boleh membuktikan dengan mudah yang mereka bukan deepfake hanya melalui beberapa langkah menggunakan pengesahan wajah, sekali gus mengalihkan pendekatan daripada sekadar pengesanan kepada bukti kehadiran manusia secara masa nyata.

Zoom ialah platform komunikasi pertama yang menawarkan integrasi Deep Face secara langsung dalam produk mesyuaratnya. Integrasi ini mewujudkan asas kepercayaan berasaskan perkakasan melalui padanan tiga hala: imej yang ditandatangani secara kriptografi yang diambil ketika peserta mula disahkan di Orb, swafoto langsung Face Auth secara masa nyata pada peranti peserta, serta bingkai video langsung yang dilihat oleh peserta lain di skrin. Apabila ketiga-tiga bukti ini sepadan, ia menghasilkan pengesahan dengan tahap keyakinan yang tinggi bahawa individu dalam panggilan tersebut benar-benar manusia sebenar yang telah disahkan seperti yang dijangka. Integrasi ini hanya melibatkan analisis video, dan tidak merangkumi audio.

Integrasi ini merangkumi beberapa mod. Hos boleh mengaktifkan 'Deep Face Waiting Room', yang memerlukan setiap peserta mengesahkan bahawa mereka ialah manusia sebenar sebelum menyertai mesyuarat. Selain itu, mana-mana peserta juga boleh meminta semakan Deep Face secara atas permintaan (on-demand) terhadap peserta lain ketika sesi sedang berlangsung. Selepas pengesahan berjaya, lencana 'Verified Human' (Manusia Yang Disahkan) akan dipaparkan pada paparan peserta yang telah melengkapkan semakan Deep Face, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan mesyuarat. VanEck, sebuah pengurus pelaburan global, kini menyertai ujian beta terhad bagi integrasi Deep Face bersama Zoom.

Model privasi ini direka khusus untuk penggunaan di peringkat perusahaan, di mana Zoom hanya menerima isyarat berkeyakinan tinggi bahawa individu yang dijangka benar-benar hadir, tanpa mendedahkan maklumat peribadi tambahan.

Docusign: bukti kemanusiaan untuk perjanjian penting

Docusign

DocuSign memudahkan proses menandatangani dan mengurus perjanjian bagi individu serta perniagaan. Docusign ini memastikan pihak yang menandatangani bertanggungjawab terhadap perjanjian mereka melalui pelbagai kaedah seperti kod SMS, semakan kehidupan, pengenalan biometrik, dan kaedah lain. Namun, apabila aliran kerja menjadi semakin automatik dan ditambah pula dengan bantuan agen, perniagaan mungkin memerlukan satu pilihan tambahan untuk mengesahkan bahawa tindakan tertentu benar-benar diluluskan oleh manusia.

Itulah sebabnya DocuSign dan World bekerjasama untuk membawa konsep bukti kemanusiaan ke dalam model kepercayaan penandatanganan dokumen. Melalui World ID, penandatangan boleh mengesahkan atribut tertentu tentang diri mereka, sekali gus membuktikan bahawa mereka ialah manusia sebenar dan bukannya bot. Ini mewujudkan asas kepada kesinambungan identiti manusia dalam aliran perjanjian, di mana setiap tindakan, sama ada dilakukan secara langsung atau diwakilkan, tetap boleh dikaitkan kembali kepada individu yang telah disahkan.

Outtake: bukti kemanusiaan untuk emel perusahaan

Outtake Verify for Email, yang dikuasakan oleh World ID, membawa konsep kesinambungan identiti manusia ke dalam emel perusahaan. Sambungan pelayar Outtake menandatangani mesej keluar secara kriptografi dengan bukti bahawa seorang manusia yang telah disahkan telah menekan butang hantar, pada peranti tertentu dan daripada akaun tertentu. Penerima akan melihat lencana 'Verified' (disahkan) yang akan mengesahkan ketulenan pengirim serta integriti mesej tersebut. Tools for Humanity telah melaksanakan Outtake Verify merentas tenaga kerja globalnya, dengan pasukan dalam kewangan, pengambilan pekerja, dan komunikasi eksekutif menggunakannya untuk mesej keluar yang sensitif.

Primitif baharu untuk lapisan keselamatan perusahaan

Setiap integrasi World ID ini menerapkan konsep kesinambungan identiti manusia pada lapisan yang berbeza seperti: panggilan video, perjanjian penting, dan emel. Apabila dilihat secara keseluruhan, ia menggambarkan satu peralihan yang lebih besar. Bukti kemanusiaan kini semakin menjadi komponen asas dalam perusahaan, yang beroperasi seiring dengan pendekatan sifar kepercayaan, pengesanan titik hujung, dan risikan ancaman yang menjadi sebagai sebahagian daripada seni bina keselamatan moden.

Apa yang membezakan World ID ialah seni bina privasinya. Melalui pembuktian tanpa pengetahuan, protokol memberikan pengesahan berkeyakinan tinggi tanpa mendedahkan sebarang data peribadi untuk disimpan, dilindungi, atau menjadi liabiliti pihak berkepentingan. Pengesahan adalah kukuh, dan pendedahan data adalah sifar.

Dengan World ID serta ekosistem rakan perusahaan yang semakin berkembang, bukti kemanusiaan kini sedia untuk digunakan dalam persekitaran pengeluaran. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang integrasi World ID, sila layari world.org/world-id.

Sertai rangkaian manusia sebenar.

Dapatkan World App